KL CHRONICLE: SPAD beroperasi seperti biasa, no problem #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama

Monday, August 28, 2017

SPAD beroperasi seperti biasa, no problem #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama


Baru - baru ini negara dikejutkan dengan penahanan Tan Sri Isa Bin Abdul Samad, Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung satu kes yang sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kes ini melibatkan beberapa transaksi di dalam FELDA ketika Tan Sri Isa Bin Abdul Samad menjawat jawatan sebagai Pengerusi FELDA.




Seperti biasa, apabila ada penangkapan yang dilakukan oleh SPRM, pihak - pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan konon nya dengan berkata SPAD kini berada dalam satu situasi yang genting dimana segala operasi SPAD tidak dapat berjalan dengan lancar sekaligus memberi impak yang negatif kepada pengurusan harian SPAD. Persepsi yang diberi seolah - olah SPAD terlibat dalam masalah yang besar.

Persepsi yang dimainkan ini adalah tidak benar sama sekali. Malah bagi mereka yang terlepas kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hajah Nancy Shukri, beliau dengan tegas dan jelas mengatakan bahawa pengurusan (SPAD) akan terus berjalan seperti biasa dibawah kendalian Chief Executive Officer (CEO) SPAD iaitu Mohd Azharuddin Bin Mat Sah.

Bagi kami di #KLChronicle, cakap - cakap yang bermain di bibir mereka yang tidak bertanggungjawab bahawa SPAD konon nya berada didalam satu krisis hanya merupakan suara  - suara sumbang yang cuba mengeruhkan keadaan. Mereka ini memang inginkan SPAD bermasalah supaya mereka dapat mengambil kesempatan keatas masalah yang dihadapi SPAD. Namun yakinlah ini tidak akan berlaku sama sekali. 

SPAD sebagai satu organisasi yang profesional sentiasa mengambil berat akan mutu pengangkutan awam darat negara dan tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka walaupun terpaksa berdepan beberapa isu yang kontroversi. Sehingga hari ini SPAD have been doing a very good job dan kami di #KLChronicle amat yakin SPAD akan terus berbakti kepada rakyat di negara ini dengan sebaik mungkin.

Apa pendapat anda?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget