Dulu Lim Kit Siang paling lantang bersuara mahukan Siasatan Diraja berkaitan salah laku FOREX, sekarang mengapa diam macam tikus? |
Bagi mereka yang tidak tahu, skandal urus niaga mata wang asing (Forex Scandal) oleh Bank Negara ini pertama sekali telah dibongkar oleh pemimpin pembangkang pada Tahun 1993 iaitu Lim Kit Siang. Memetik kenyataan Hansard Parlimen pada tahun tersebut:
Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Lim Kit Siang menegaskan: “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”
“Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan sokongan beliau kepada prinsip akauntabiliti, pertanggungjawapan dan transparensi pegawai-pegawai sektor awam. Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, dengan meminta kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara,” tegas Lim Kit Siang lagi.
Jika dilihat dari Hansard Parlimen, memang terbukti bahawa pihak yang paling awal sekali meminta supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Skandal Forex adalah Lim Kit Siang. Ini juga konsisten dengan apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi didalam sidang media beliau.
Namun apa yang peliknya bagi kami di #KLChronicle adalah sikap Lim Kit Siang yang sehingga hari ini tidak memberikan sebarang komen terhadap perkembangan RCI yang kini sedang berlangsung. Selalunya Lim Kit Siang lah antara pemimpin pembangkang paling aktif mengeluarkan kenyataan jika ada kes - kes melibatkan salah guna kuasa. Tetapi sekarang diam pula.
Agak - agaknya mengapa begitu?

No comments:
Post a Comment