KL CHRONICLE: Kerjasama dengan HINDRAF bukti DAP masih amalkan politik perkauman #MCA #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama

Monday, August 21, 2017

Kerjasama dengan HINDRAF bukti DAP masih amalkan politik perkauman #MCA #Negaraku #Malaysia #BangkitBersama


Baru - baru ini, Top Dog Pakatan Harapan (PH) Dr. Mahathir Mohamad telah bertemu dengan pemimpin kanan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) P. Waytha Moorthy bagi mempertimbangkan kerjasama antara PH dan HINDRAF bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 yang akan datang. Antara objektif utama kerjasama ini adalah supaya HINDRAF dapat membantu PH mendapatkan undi masyarakat India yang dilihat kini sangat pro kepada Barisan Nasional. 



Melihat kepada situasi ini, ianya terbukti bahawa DAP sebagai tunjang utama Pakatan Harapan kini mengamalkan politik perkauman dimana setiap parti didalam PH bertanggungjawab mendapatkan undi dari kaum masing - masing dimana Pribumi untuk orang Bumiputera, HINDRAF untuk masyarakat India dan DAP untuk kaum Cina. Ini sekaligus membuktikan bahawa DAP telah mengorbankan prinsip mereka untuk berkuasa. 

Memetik kata - kata Ketua publisiti MCA Datuk Seri  Ti Lian Ker:

"Jadi apakah DAP benar-benar tulen dalam mahu untuk membawa Malaysia keluar daripada politik garis perkauman apabila mereka menyerang MCA dan BN yang dalam semangat dan amalannya berbilang bangsa?

"DAP malah siap untuk merendahkan diri mereka dengan 'kowtow' kepada Dr Mahathir yang pernah mengumumkan DAP sebagai komunis dulu," katanya.

"Jelas sekarang bahawa DAP sedang menginginkan kuasa yang lebih dan sanggup bekerja dengan semua pihak untuk lebih kuasa.

"Mereka sekarang mesra dengan musuh ketatnya Dr Mahathir Mohamad dan mereka kini bersetuju dengan formula perkauman iaitu Pribumi untuk Bumiputra, Hindraf untuk orang India dan DAP untuk orang Cina," dakwa beliau lagi.

Bagi kami di #KLChronicle, DAP ini merupakan satu parti yang tiada maruah serta prinsip. Mereka sanggup menjilat ludah mereka kembali dengan bekerjsama dengan Dr. Mahathir malah sanggup menggadaikan prinsip menolak politik perkauman dengan bekerjasama dengan HINDRAF, satu NGO yang Dr. Mahathir pernah gelar sebagai rasis. 

Sebenarnya jika dilihat dari susunan politik sekarang, mereka yang rasis atau pun "right wing" semua berada didalam PH dan yang moderate atau pun mengamalkan prinsip kesederhanaan semua berada didalam Barisan Nasional. Oleh yang demikian rakyat wajar membuat keputusan yang berhati - hati ketika memilih parti mana yang mereka hendak menjadi kerajaan pada PRU yang akan datang. 

Adakah anda mahu parti yang kaki bergaduh, kuat fitnah dan hanya bermain berpolitik seperti Pakatan Harapan menjadi kerajaan atau pun anda mahukan Barisan Nasional yang terbukti bekerja untuk rakyat, membangunkan negara dan mentadbir negara dengan baik sehingga menjadi antara 20 buah negara yang terbaik di dunia? 

Keputusan terletak di tangan anda!


2 comments:

Anonymous said...

Yang pas kerjasama dengan umno , bukan jilat balik kahak hadi.

Anonymous said...

PAS dah baik dgn BN? Jadi BN betui lah selama ini jadi BN tetap menjadi pilihan ku kan3, kik3

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget