KL CHRONICLE: SPAD menjawab fitnah jijik pembangkang tentang MRT #JomNaikMRT #Negaraku #Malaysia

Thursday, July 13, 2017

SPAD menjawab fitnah jijik pembangkang tentang MRT #JomNaikMRT #Negaraku #Malaysia


Setelah pelancaran dan kejayaan operasi projek MRT Sungai Buloh - Kajang (SBK), pemimpin pembangkang terutamanya pihak DAP nampaknya tidak senang duduk dan sudah mula menyerang perkhidmatan MRT kerana konon nya membawa lebih banyak kesusahan berbanding kesenangan kepada rakyat. Lebih teruk lagi, ada antara kritikan pembangkang ini langsung tidak masuk akal dan berniat jahat hanya untuk memberikan persepsi negatif terhadap MRT Corp. 



Antara fitnah pihak pembangkang adalah bas perantara MRT SBK tidak mesra Orang Kelainan Upaya (OKU). Ini merupakan satu fitnah kerana jika dilihat dari spesifikasi bas perantara yang disediakan oleh MRT, ianya mempunyai kemudahan OKU dan kerajaan tidak pernah mengabaikan keperluan golongan OKU dan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan yang terbaik untuk mereka.


Fitnah kedua yang dimainkan pihak pembangkang dan penyokong mereka, terutamanya di media sosial adalah konon nya jajaran MRT SBK ini kekurangan tempat letak kereta. Ini juga merupakan satu pembohongan oleh pihak DAP dan Red Bean Army (RBA) mereka kerana ianya sudah terbukti bahawa MRT SBK line mempunyai 8,000 buah tempat kereta untuk pengguna MRT ditambah pula dengan bas perantara di kawasan perumahan. 


Fitnah ketiga pihak pembangkang adalah konon nya MRT tidak menyediakan bas perantara yang cukup. Oleh kerana kekurangan bas perantara, pengguna tidak boleh ke stesen MRT yang berdekatan dengan kawasan mereka. Apakah pembangkang dan siber troopers mereka ini bodoh? Jika tidak ada bas perantara mereka boleh sahaja naik Grab atau Uber untuk ke stesen MRT. Adakah ini pun kerajaan kena fikir untuk puak - puak DAP ini?

Akhir sekali, ingin kami ingatkan kepada pembaca negara kita mempunyai pengangkutan awam darat antara yang terbaik di dunia. Kita ada MRT, LRT (Ampang Line), LRT (Kelana Jaya Line), Monorel, KTM Komuter, ERL dan pelbagai lagi dengan harga yang berpatutan. Lepas ini kita ada High Speed Rail (HSR) pula lagi, jadi nikmat apa yang kita ingin dustakan? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget