KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : MRT-SBK bukti kesungguhan kerajaan perbaiki pengangkutan awam bandar #JomNaikMRT

Tuesday, July 18, 2017

@LiowTiongLai : MRT-SBK bukti kesungguhan kerajaan perbaiki pengangkutan awam bandar #JomNaikMRT


Dalam tempoh 24 jam yang lalu, kerajaan Barisan Nasional telah melancarkan projek ransit Aliran Massa (MRT) Fasa Kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK). Memetik kata - kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pelancaran MRT - SBK merupakan penanda aras kepada usaha kerajaan yang konsisten dalam meningkatkan dan memperbaiki rangkaian pengangkutan awam bandar terutama di Lembah Klang.




Bagi kami di #KLChronicle, sebagai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga merupakan antara pemimpin penting yang memastikan negara mempunyai satu sistem pengangkutan awam yang mapan dari segi "networking" dan juga "reliability" demi kemudahan rakyat. 

Malah, kejayaan projek MRT juga boleh dikatakan sebagai satu kejayaan bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai dan MCA kerana Presiden parti mereka telah berjaya menyelia projek MRT ini dan memastikan ianya siap dalam masa yang cepat dan kos lebih murah dari yang dianggarkan. Projek MRT ni juga menunjukkan tanda kerajaan responsif terhadap permintaan rakyat dan mengambil sikap bertanggungjawab.

Pelancaran KVMRT oleh Perdana Menteri dan barisan kabinet kerajaan semalam merupakan bukti kukuh atau “tangible evidence” bahawa kerajaan prihatin akan masalah pengangkutan yang dialami rakyat sejak era pemodenan dan industrialisasi negara. Ini berpunca daripada liputan (coverage, connectivity & interchangeability) sistem pengangkutan awam zaman Dr. Mahathir yang amat tidak meluas, sering rosak dan langsung tidak inklusif.

Ramai orang yang lupa bahawa walaupun Perdana Menteri boleh dikatakan sebagai Bapa Pembangunan Pengangkutan Awam Negara, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan Program Transformasi Pengangkutan Awam Negara berjaya mencapai objektifnya. Ini penting supaya Malaysia dapat menjadi sebuah negara moden yang mampu bersaing dengan negara - negara lain di seluruh dunia.

Kami di #KLChronicle berharap Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan kepimpinann MOT akan terus berada di hadapan dalam memberikan idea - idea yang dinamik untuk memajukan sistem pengangkutan awam negara. Kerana akhirnya, yang akan untung juga adalah rakyat di negara ini. Bukan macam pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja tetapi langsung tidak melakukan apa - apa demi kemudahan rakyat di negara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget