Dalam sebulan yang lepas, Syed Saddiq kantoikan Daim mengenai pembayaran RM30 juta dan USD$5 juta kepada Clinton Foundation dan media media asing.
Kali ini giliran Mukhriz pula memalukan bapanya sendiri tentang rancangan jahat untuk jatuhkan Najib.
29 Januari 2014, Mahathir menafikan dalam Malaysiakini bahawa dia ada rancangan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.
"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," kata Mahathir dalam program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24.
Pendedahan Rafizi bahawa Najib akan dijatuhkan oleh orang orang Mahathir dalam UMNO pada waktu itu dinafikan oleh Mahathir. Kini segalanya tidak boleh disembunyikan lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Mukhriz, anaknya sendiri mendedahkan penipuan bapanya itu.
13 Julai 2017, Mukhriz akhirnya memecahkan pekung sebenar bapanya. Hari ini, hari Jumaat kali ke 45 sejak PPBM ditubuhkan. Pada hari Jumaat kali ke 40, Mahathir isytihar dirinya mahu PM semula. Pada hari Jumaat kali ke 44, Mahathir sokong Anwar jadi Perdana Menteri dalam The Guardian, UK. Pada hari Jumaat ke 45, segala pekung dan rancangan sebenar Mahathir dipecahkan oleh anaknya sendiri.
Semalam, Mukhriz bersetuju dengan kenyataan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos bahawa bapanya, Mahathir sejak 2015 sehingga kini berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Mukhriz bagaimanapun membetulkan kenyataan tersebut dengan mengatakan usaha itu mungkin bermula sejak 2014 lagi.
Mukhriz juga turut bersetuju dengan kenyataan serta cadangan Jahaberdeen bahawa usaha Mahathir dan Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib merupakan suatu perkara yang diketahui umum dan tersebar luas dalam media sosial dan media arus perdana. Mukhriz menyatakan bahawa Mahathir dan Muhyiddin memang ada niat bersama untuk jatuhkan Najib. “Bukannya komplot tetapi kedua-duanya mempunyai niat bersama,” kata Mukhriz.
Bermakna tindakan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk memecat Mukhriz dan Muhyiddin pada 24 Jun 2016 daripada UMNO adalah tindakan yang tepat. Tidak perlu lagi menyimpan duri dalam daging yang sanggup berpakat dengan DAP, PKR dan pembangkang untuk menjatuhkan Presiden UMNO daripada dalam parti.
Rancangan Mahathir ini sebenarnya bermula dengan mendesak Datuk Seri Najib meletak jawatan dan mahu menggantikannya dengan Muhyiddin. Ini cuba dilakukan Mahathir menerusi desakan kumpulan yang dinamakan Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia, GKCM menerusi mesyuarat mesyuarat UMNO cawangan pada 2015.
Setelah sebelum itu, Mahathir gagal untuk buat undi tidak percaya pada Najib di parlimen pada 2015.
Usaha Mahathir untuk membuat “snowball effect” menerusi mesyuarat UMNO Cawangan dan Perhimpunan Agung UMNO pada 2015 menemui kegagalan. Memang dalam rancangan itu, Mahathir mahu Najib meletak jawatan dan digantikan dengan Muhyiddin.
Ramai tidak mengetahui siapa yang diminta oleh Mahathir untuk menjadi Timbalan kepada Muhyiddin, orang itu adalah Mukhriz.
Oleh itu, Mukhriz sebenarnya tidak perlu hendak menyaman dan memarahi orang lain bila berkata memang bapanya ada niat mahu menjadikannya sebagai Perdana Menteri di Malaysia.
Memang dalam rancangan awal Mahathir, jika berjaya jatuhkan Najib menerusi parlimen atau Perhimpunan Agung UMNO 2015, Muhyiddin akan jadi PM dan Mukhriz sebagai TPM.
Apa jawatannya seterusnya Mukhriz selepas jawatan TPM? Tentulah menjadi PM. Mahathir sudah mengatur supaya Muhyiddin juga dijatuhkan dalam tempoh dua tahun sahaja dan kemudian Mukhriz akan dinaikkan sebelum tahun 2020.
Inilah “grand strategy” Mahathir. Memang Mahathir mahu Mukhriz menjadi PM pun.
Namun rancangan Mahathir itu tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Mukhriz sendiri sewaktu bertanding pada PRU13 di Kedah hanyalah sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Dato Ahmad Bashah yang menjadi Pengerusi UMNO Kedah pada waktu itu. Patutnya bila Kedah menang, Pengerusi yang naik jadi Menteri Besar tetapi Timbalan Pengerusi yang dipilih naik jadi MB.
Bila Mukhriz digugur sebagai MB, usahlah melenting. Memang Ahmad Bashah berhak lama dah pun terhadap jawatan MB itu. Bila Mukhriz mengaku semalam bahawa bapanya dan Muhyiddin mempunyai niat yang sama untuk menjatuhkan Najib, maka Mukhriz tidak boleh marah lagi bila dilucutkan sebagai MB Kedah.
Bermakna selama ini, Mukhriz hanya berpura pura dan bersikap hipokrit terhadap kepimpinan UMNO. Bila sudah sanggup duduk bersama DAP dan menyokong seorang peliwat menjadi Perdana Menteri, ini bukti Mukhriz dan Mahathir bukanlah lagi berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi dan kroni mereka sahaja.
Jawatan Perdana Menteri itu memang dimahukan sangat oleh Mahathir untuk “menyelesaikan perkara perkara sulit” untuk kepentingan kroni dan peribadinya. Mukhriz mengaku sahajalah, memang “pak hang mau hang jadi PM” pun.
“Tok sah duk buhung lagi lah”, satu Malaysia sudah tahu apa niat sebenar Mahathir.
1MDB bukanlah alasan sebenar Mahathir marah pada Najib. Alasan sebenarnya adalah kerana mahukan menjatuhkan Najib dan menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Beranikah Mukhriz bersumpah bapanya tidak mahu jadikannya sebagai PM?
#HidungMahathirLogoPakatanHarapan
No comments:
Post a Comment