Syed Hassan, Setiausaha Agung PERKASA |
Namun demikian, pada tengahari tadi langsung tidak ada kelibat samseng PERKASA di Segamat dan solat jumaat telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dari berlaku. Ini membuktikan *PERKASA sebenarnya hanya "tin kosong"* yang kuat berbunyi tapi tidak ada isi. Mereka pandai mengugut, menghentam parti - parti komponen BN hanya demi kepentingan politik mereka.
Dr. Mahathir merupakan penasihat PERKASA |
Malah, PERKASA sekarang bertindak seperti macai kepada mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Dalam tempoh masa seminggu, mereka telah menyerang parti komponen BN iaitu MIC dan MCA, malah PAS yang kini sudah memutuskan hubungan dengan pembangkang juga diserang oleh PERKASA. Ini membuktikan PERKASA sebenarnya adalah agen pembangkang dalam menyerang BN dan BN friendly parties.
Ini juga membuktikan rakyat Malaysia semakin matang dalam hal - hal melibatkan politik serta agama dimana kebanyakan rakyat *MENOLAK DENGAN KERAS* ideologi rasis dan konfrantasi yang dibawa oleh *PERKASA*. Rakyat inginkan satu masyarakat di Malaysia yang hidup dalam keharmoniaan dan aman damai serta menghormati antara satu sama lain. Tidak ada tempat bagi NGO seperti PERKASA di Malaysia.
No comments:
Post a Comment