Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri sekali lagi telah memburukkan nama Malaysia di luar negara. Insiden kali ini telah berlaku di Oman dimana Dr. Mahathir dengan jelas telah memberikan tanggapan yang salah dan negatif terhadap industri pelancongan negara kita. Didalam satu forum dengan ahli perniagaan dan wartawan Oman, Dr. Mahathir telah dipetik berkata:
“Oman does not have large agricultural land like Malaysia, but it has very beautiful rock and beach areas that are far superior to ours (Malaysia). Malaysia is not an attractive tourist destination, but in Oman you have many palaces and castles.”
Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Dr. Mahathir ini adalah tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk mensabotaj industri pelancongan serta ekonomi negara. Untuk pengetahuan pembaca, industri pelancongan Malaysia antara yang terbaik dan kita menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Mengikut data dari Trading Economics, jumlah pelancong asing ke negara kita sentiasa meningkat setiap tahun:
Source : http://www.tradingeconomics.com/malaysia/tourist-arrivals |
Malah, menurut kajian yang dilakukan oleh World Economic Forum, Malaysia kini berada di Tangga - 26 destinasi pelancongan di dunia. Memetik kajian dari WEF:
"Malaysia remains an attractive destination thanks to its price competitiveness, its strong air connectivity and beautiful natural resources. The country also offers a conducive, enabling environment for doing business, which is supported by a strong human resources and labour market.
“Malaysia has also improved in ICT readiness, tourism service infrastructure, and international openness," WEF said in its report.
Sumber : https://www.nst.com.my/news/2017/04/227737/msia-ranked-26th-most-competitive-tourism-destination-wef
Ini dengan jelas membuktikan kenyataan Dr. Mahathir di Oman merupakan satu penipuan, berniat jahat dan bertujuan untuk mensabotaj industri pelancongan serta ekonomi negara ini hanya untuk mencapai cita - cita politik jijik beliau. Kami di #KLChronicle berharap rakyat tidak mudah termakan hasutan Dr. Mahathir Mohamad kerana telah terbukti beliau sekarang "bekerja" untuk kepentingan diri sendiri dan bukan untuk rakyat mahupun negara.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment