KL CHRONICLE: #Kantoi ADUN DAP Sarawak rupanya warga Australia

Friday, May 12, 2017

#Kantoi ADUN DAP Sarawak rupanya warga Australia


Seorang wakil rakyat DAP di Sarawak dibatalkan kelayakannya sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kerana beliau rupanya adalah warganegara Australia.




Dr Ting Tiong Choon, wakil rakyat Pujut, didakwa mempunyai kerakyatan Australia dan pernah mendaftar sebagai pengundi di negara itu.

Usul melucutkan jawatannya sebagai anggota DUN Sarawak dibawa menteri negeri Datuk Seri Wong Soon Koh dengan sokongan 70 wakil rakyat.

Hanya 10 wakil rakyat membantah usul tersebut dan mereka semua adalah dari pembangkang.

Jun lepas, Dr Ting telah menipu bahawa beliau tidak mempunyai kerakyatan Australia seperti didakwa namun hari ini akhirnya penipuan beliau terbongkar. nampaknya DAP betul - betul telah mengkhianati rakyat negara ini dengan mengambil orang luar sebagai ADUN di Sarawak. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget