KL CHRONICLE: Dulu puji China, sekarang kutuk China pula..Apa cerita Dr. Mahathir?

Monday, May 15, 2017

Dulu puji China, sekarang kutuk China pula..Apa cerita Dr. Mahathir?

Dr. Mahathir sanggup lakukan apa sahaja supaya cita - cita beliau tercapai, sehingga sanggup menggadaikan masa depan negara
Nampaknya tipu - helah Dr. Mahathir yang cuba memburukkan negara China serta mengkritik pelaburan mereka di Malaysia dilihat sebagai satu langkah terdesak dan hipokrit seorang mantan Perdana Menteri. Ini kerana di dalam buku "Conversations with Mahathir Mohamad", Tun Mahathir pernah memberi nasihat supaya orang Malaysia tidak perlu takut kepada negara China.

Dalam buku tersebut, Tun M mengulas lagi:


Buku Conversations with Dr. Mahathir yang menjadi rujukan penulis

"Negara China bukan seperti negara-negara barat yang datang ke Malaysia kerana negara China tidak akan telan Malaysia. Sejarah membuktikan sejak 2,000 tahun dahulu,

Negara China tidak pernah menyerang ataupun mengacam Malaysia. Tidak seperti negara-negara barat, China tidak pernah meminta ataupun berhasrat untuk merampas monopoli di Malaysia.

Negara China hanya mahu meniaga dengan Malaysia sahaja."

Ini membuktikan segala tohmahan dan kritikan Dr. Mahathir terhadap negara China adalah bersifat politik dan hanya cubaan Dr. Mahathir untuk mensabotaj ekonomi negara supaya rakyat marah dengan pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan kerajaan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adakah kita akan duduk diam sahaja apabila Dr. Mahathir cuba mensabotaj ekonomi dengan sekaligus menyusahkan kita sehingga ke anak cucu?

Rujukan : Conversations with Mahathir Mohamad:- mukasurat 222-223
http://tinyurl.com/k752zqh

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget