KL CHRONICLE: Dr. Zuhdi : Kristianisasi Militan, Masyarakat Islam dan Cina Buddha akan sedar wajah sebenar DAP

Wednesday, May 17, 2017

Dr. Zuhdi : Kristianisasi Militan, Masyarakat Islam dan Cina Buddha akan sedar wajah sebenar DAP


1. Dalam satu kenyataan, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki menyatakan bahawa PPP mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga Fellow Institut Kajian Strategi Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, tentang hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi militan di Malaysia.



2. Menurut Zuhdi, tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP, bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut menyedari hipokrasi Dap selama ini.

3. Menurut Zuhdi lagi, kaitan DAP dengan gerakan Kristianisasi militan ini akan menyebabkan kehilangan undi yang lebih besar daripada kalangan pengundi Islam, malah berkemungkinan juga akan menyebabkan parti itu juga kehilangan undi daripada pengundi-pengundi masyarakat Tionghua.

4. Zuhdi juga berpandangan bahawa DAP sepatutnya membersihkan nama mereka lebih awal lagi terutamanya selepas penerbitan sebuah buku bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” pada awal tahun 2015 yang ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand, Iain Buchanan. Dalam buku ini dan buku yang bertajuk “The Armies of God: A Study in Militant Christianity”, Buchanan mengesahkan kewujudan gerakan Kristianisasi militan global yang melampau yang ingin mendominasikan politik dunia termasuk di negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

5. Di dalam buku ini, Zuhdi mendakwa Buchanan telah memuatkan bukti-bukti mengenai gerakan Kristianisasi melampau yang berbeza dengan penyebaran agama Kristian yang biasa seperti yang dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang lain dan berdasarkan pengamatan PPP, gerakan Kristianisasi melampau ini seperti yang didedahkan oleh Buchanan ini telah disekat di beberapa negara umat Kristian sendiri seperti Russia yang kuat berpegang kepada Ortodoks dan sejumlah negara yang mahu menghalang campurtangan kuasa asing di negara-negara tersebut.

6. Zuhdi mendesak DAP segera menjawab buku Buchanan yang bertajuk “Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia” kerana di dalam buku tersebut secara jelas menyebut keterlibatan pimpinan-pimpinan DAP seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dan lain-lain.

7. Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil “Dominionism: Lesson from Penang”, Buchanan secara jelas menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab.

8. Zuhdi mendedahkan kajian Buchanan gerakan Kristianisasi melampau ini pernah dibentangkan dalam satu persidangan di Malaysia, yang dirasmikan ketika itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

9. "Sekiranya tulisan Buchanan ini benar, maka ia merupakan ancaman kepada kestabilan negara kerana Buchanan menyebut di mukasurat 7 bukunya bahawa Malaysia secara khususnya sangat mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism," tegas Zuhdi lagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget