KL CHRONICLE: Ringkasan perjumpaan TS Annuar Musa dengan Jawatankuasa Audit & Unit Integriti MARA #YP

Friday, April 28, 2017

Ringkasan perjumpaan TS Annuar Musa dengan Jawatankuasa Audit & Unit Integriti MARA #YP


Pada 25 April 2017 yang lalu, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah memberi keterangan selama sejam di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Mara,Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin dan pasukan beliau. Keterangan yang diberikan adalah dalam isu tajaan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terhadap pasukan The Red Warriors (TRW)



Pertama sekali, kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini dalam memperbetulkan beberapa fakta yang tidak tepat yang bermain di media sosial sejak kebelakangan ini berkaitan isu yang dibangkitkan. Fakta - fakta ini telah kami terima dari laman facebook Tan Sri Annuar Musa sendiri dan kami berpendapat ianya wajar diviralkan untuk pengetahuan umum. 



Conflict of Interest dalam keputusan penajaan TRW

Dalam kes tajaan UNIKL terhadap TRW, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Tan Sri Annuar Musa adalah:
Tan Sri Annuar Musa terlibat dalam membuat keputusan, perundingan, dan megarah Mara menggunakan dana pendidikan untuk menaja TRW
Tuduhan ini adalah sangat berat, dan memetik kata - kata Tan Sri Annuar sendiri ianya merupakan satu fitnah yang kotor! 

Dari segi organisasi, keputusan menaja TRW dilakukan oleh anak syarikat dan melibatkan pengurusan anak syarikat sahaja. Keputusan untuk tajaan TRW ini tidak pernah dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Majlis MARA mahupun untuk dibuat keputusan oleh Pengerusi MARA. Ianya dibuat oleh pentadbiran anak syarikat. Anak syarikat disini yang dimaksudkan adalah Pelaburan Mara Berhad (PMB). 

Malah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PMB pada 18 January 2017, PMB dengan jelas telah mengatakan bahawa keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.(Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelaburan-mara-berhad-taja-trw-atas-dasar-komersial-129347).

Jadi mana pula timbul fitnah kononnya Tan Sri Annuar Musa yang arahkan PMB menaja TRW?

Isu tajaan RM 200, 000 melebihi harga pasaran

Ini juga merupakan satu fitnah yang tidak masuk akal dan dilakukan oleh mereka yang cetek ilmu pengetahuan tentang kos pengiklanan dalam Liga Super Malaysia. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annua Musa, PMB hanya membayar RM 200,000 untuk dua spot logo yang jika mengikut harga pasaran, ianya bernilai hampir RM 600,000. Ini membuktikan pakej yang diterima oleh PMB dari TRW merupakan satu package yang sangat baik and value for money.

Jika dilihat dari sejarah penajaan syarikat - syarikat gergasi keatas TRW, kos yang mereka telah keluarkan adalah lebih tinggi dari RM 200,000. Contoh - contoh adalah seperti berikut:

a) Kementerian Pelancongan (agensi kerajaan) : RM 1,000,000 
b) AzizanOsman.com : RM 500,000 
c) Adabi : RM 500,000   
d) Syarikat telco : RM 2,000,000 

Dalam sejarah 10 tahun penajaan TRW, tidak pernah sama sekali mana - mana syarkat membeli pakej komersial pasukan dengan harga RM 200,000 untuk dua tempat selama setahun. Oleh yang demikian, untuk membuat fitnah mengatakan PMB ditipu adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu fitnah yang jahat. 

Konklusi

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan dan maklumat yang kami dapat/terima, kami dapat simpulkan bahawa serangan keatas Tan Sri Annuar Musa ini bukan kerana isu tajaan PMB keatas TRW tetapi adalah merupakan serangan dari orang didalam MARA sendiri untuk menjatuhkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA. Ini kerana umum ketahui bahawa Tan Sri murupakan seorang individu yang sangat tegas dan tidak akan membenarkan sebarang "hanky-panky" berlaku didalam MARA.

Mungkin akibat ketegasan ini terdapat beberapa individu yang "tidak dapat buat duit" sekaligus cara yang mereka gunakan adalah untuk menjatuhkan Tan Sri supaya agenda jijik dan jahat mereka untuk "sapu" duit MARA dapat diteruskan. Kami berharap taktik jahat puak -  puak ini tidak berjaya dan Tan Sri terus mengetuai MARA to greater heights. Insyallah. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget