KL CHRONICLE: #DemiRakyat 100,000 pemandu teksi dilindungi Skim Bencana Pekerjaan

Friday, April 28, 2017

#DemiRakyat 100,000 pemandu teksi dilindungi Skim Bencana Pekerjaan


Berita baik untuk semua pemandu teksi termasuk Uber dan Grab apabila kerajaan Barisan Nasional telah berjaya memastikan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara. Dengan kelulusan Rang Undang - Undang ini, hampir 100,000 orang pemandu teksi, Uber dan Grab akan dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan. 



Skim Bencana Pekerjaan ini adalah seperti satu insurans untuk melindungi erkea yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai apa - apa perlindungan insurans. Menyedari bahawa golongan ini memerlukan perlindungan, kerajaan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah memperuntukkan sebanyak RM 60 juta untuk skim ini. 

Namun, untuk layak berada dibawah Skim Perlindungan ini, pemandu teksi, Uber dan Grab harus berdaftar dengan Suruhahjaya Pengangkutan Darat (SPAD) supaya SPAD mempunyai rekod mereka dan ini akan memudahkan urusan "claim" jika ada perkara - perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk makluman pembaca, skim ini akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2017. 

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan kerajaan BN untuk mewujudkan skim perlindungan ini adalah tepat pada masanya. Umum ketahui bahawa tugas pemandu teksi, Uber dan Grab juga ada risiko - risiko tertentu seperti terlibat dalam kemalangan dan sebagainya. Dengan wujudnya skim ini sudah pasti memberi sedikit kelegaan kepada pekerja - pekerja sendirian ini meneruskan tugas mereka. 

Ini juga membuktikan komitmen SPAD untuk terus menjaga kebajikan para pemandu teksi, Uber dan Grab di negara ini. Oleh itu kritikan - kritikan oleh pihak tidak bertanggungjawab konon nya SPAD tidak menjaga kebajikan pemandu teksi dan sebagainya merupakan satu fitnah jijik yang dibuat oleh pihak - pihak berkepentingan untuk memberi persepsi yang negatif terhadap SPAD dan kerajaan. 

Persoalanya sekarang, mengapa mereka ini suka memfitnah SPAD?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget