Datuk Razlan Rafii, Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan |
Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila menganjurkan program Jom Isi Minyak Motor Percuma secara serentak di seluruh 13 buah Parlimen di WP termasuk Putrajaya dan Labuan.
Program yang diketuai oleh Datuk Mohd Razlan Rafii selaku Ketua Pemuda BN WP berjaya mensasarkan lebih 7,000 penunggang motosikal keseluruhannya.
"Sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat memanfaatkan penunggang motor yang berulang alik ke tempat kerja. Walaupun bukan setiap hari tapi kita bantu kurangkan tekanan dan kos harian mereka", katanya.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Memang terbaik !
Tak sabar nak tunggu apa DAP nak kondem berkenaan program Pemuda BN WP kali ini.
#WilayahPrihatin
#BetterNation
No comments:
Post a Comment