Pagi ini kami di #KLChronicle melihat - lihat sekitar garis masa Facebook kami dan kami dapati ada satu posting yang sangat menarik yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Posting ini berkisar tentang perkhidmatan bas percuma #GoKL yang dikendalikan oleh SPAD sekitar kawasan Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan umum, bas #GoKL ini sudah mula beroperasi sejak 31 Ogos 2012 (sudah hampir 5 tahun).
Bagi mereka yang bekerja atau melawat kawasan sekitar Kuala Lumpur, terdapat tiga sebab utama mengapa anda perlu menggunakan bas #GoKL ini. Tiga sebab tersebut adalah:
1. Jimat
2. Mudah
3. Mesra Alam
Sudah semestinya mereka yang menggunakan bas #GoKL akan berjaya menjimatkan duit poket mereka. Ini kerana bas #GoKL adalah PERCUMA dan anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk menaiki bas tersebut. Malah, anda juga dapat menjimatkan penggunaan minyak peribadi kenderaan anda memandangkan anda menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan secara percuma,
Terdapat banyak lagi sebab dan manfaat yang rakyat dapat nikmati dengan menggunakan bas #GoKL dan anda dapat melihat sendiri poster diatas yang mana SPAD telah memberikan sebab - sebab tersebut. Namun apa yang kami di #KLChronicle ingin sentuh adalah berkisar tentang komitmen kerajaan Barisan Nasional yang berterusan berkhidmat dengan baik untuk rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.
SPAD juga sebagai satu suruhanjaya dibawah Jabatan Perdana Menteri juga telah dengan jayanya menaik taraf serta memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini seperti #GoKL. Netizen juga dengan jujur telah memuji perkhdmatan #GoKL yang ditawarkan oleh SPAD dan mahukan perkidmatan ini diteruskan dengan sedikit penambah baikkan. Apa pendapat pembaca?
15 April
No comments:
Post a Comment