KL CHRONICLE: MCA Taiping sudah mohon maaf, DAP bila lagi?

Tuesday, April 25, 2017

MCA Taiping sudah mohon maaf, DAP bila lagi?


1. Semalam kecoh di laman Facebook, WhatsApp dan medium media sosial yang lain apabila kesilapan ejaan didalam satu banner milik MCA Taiping ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selepas menyedari bahawa terdapat kesilapan ejaan di banner tersebut, pihak MCA Taiping dengan segera telah melakukan pembetulan dan mengeluarkan kenyataan merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku serta memohon maaf kepada semua orang Melayu dan Islam akibat kekhilafan mereka. Permohonan maaf MCA Taiping adalah seperti berikut:

KENYATAAN RASMI MCA TAIPING

Selamat petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan. 
Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula. 
Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku diatas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tulus ikhlas daripada Cik Ang Sui Eng,  
Pengerusi MCA Bahagian Taiping




2. Kami di #KLChronicle mengucapkan terima kasih kepada pihak MCA Taiping kerana dengan pantas telah melakukan pembetulan terhadap banner tersebut dan kedua membuat permohonan maaf kepada orang Melayu dan Islam akibat kekhilafan mereka. Ini sangat berbeza dengan parti DAP yang umum ketahui telah banyak menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam tetapi tidak pernah sesekali memohon maaf atas kebiadapan mereka. 


Pembetulan telah dilakukan oleh pihak MCA
3. Kami di #KLChronicle juga sertakan gambar "Sebelum" dan "Selepas" banner MCA Taiping yang telah diperbetulkan. Ini merupakan bukti bahawa MCA Taiping telah memperbetulkan kesilapan mereka. Kami berharap pihak pembangkang terutamanya DAP sudah - sudah la bermain api perkauman dan cuba memperbesarkan isu ini. Pihak yang melakukan kekhilafan sudah memohon maaf dan kita wajar "move on" dari isu ini. 

4. Kepada parti DAP, kami masih menanti permohonan maaf anda dalam isu penghinaan "Lagu Negaraku", penghinaan terhadap isu "Azan" serta pelbagai lagi isu yang telah menyinggung hati orang Melayu dan Islam di negara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget