KL CHRONICLE: Tahniah kepada Datuk Seri @LiowTiongLai , kini menjadi kolumnis di akhbar The Star

Friday, March 10, 2017

Tahniah kepada Datuk Seri @LiowTiongLai , kini menjadi kolumnis di akhbar The Star


Tahniah diucapkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kini menjadi seorang kolumnis di akhbar The Star. Umum ketahui bahawa sejak memegang jawatan Presiden MCA pada 21 December 2013, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah banyak memberikan pandangan beliau dalam isu - isu politik semasa, isu hubungan masyarakat dan juga hal - hal berkaitan Kementerian Pengangkutan. Namun maklumat ini terletak di pelbagai medium yang berbeza dan susah bagi masyarakat mendapatkan rujukan tentang perkara ini. 


Sebagai seorang kolumnis di The Star, kini Datuk Seri Liow Tiong Lai dapat memberikan fokus kepada penulisan beliau di akhbar tersebut dan rakyat juga dapat membaca serta meneliti pemikiran Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pelbagai isu.  Malah rakyat dapat melihat sendiri bagaimana presiden MCA ini "tackle" isu - isu sensitifi yang melibatkan hubungan antara kaum di negara ini. 

Kami di #KLChronicle yakin bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai akan terbuka dalam memberikan pendapat beliau. Sebagai sebuah masyarakat yang matang dan boleh berfikir secara waras, kita wajar menerima pendapat Datuk Seri Liow Tiong Lai dan meneliti pandangan beliau secara rasional. Kami yakin, semangat Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila beliau menulis di The Star. 

Malah, langkah Datuk Seri Liow Tiong Lai menjadi kolumnis di akhbar The Star juga tepat pada masanya. Ini supaya Datuk Seri Liow Tiong Lai dapat mengimbangi penulisan pemimpin - pemimpin rasis dan chauvinis pihak pembangkang dari DAP yang diketahui memang cuba meracuni pemikiran masyarakat berbangsa Cina untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional. 

Akhir sekali, bagi mereka yang berminat untuk membaca penulisan Datuk Seri Liow Tiong Lai, ruang atau pun kolum yang di khususkan oleh akhbar the Star untuk Datuk Seri Liow ini di beri nama "Walking On The Edge" .Malah bagi mereka yang ingin beriteraksi serta berhubung terus dengan Datuk Liow,  alamat email beliau ialah tionglai@mot.gov.my. Jangan lepaskan peluang ini!



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget