KL CHRONICLE: @RazlanRafii : PERLUKAH DAP IRI HATI DENGAN PROGRAM ISI MINYAK PERCUMA ANJURAN BARISAN NASIONAL?

Friday, February 24, 2017

@RazlanRafii : PERLUKAH DAP IRI HATI DENGAN PROGRAM ISI MINYAK PERCUMA ANJURAN BARISAN NASIONAL?


Sebagai anak muda bandar, kami memahami dan masih menyelami denyut nadi warga kota di Wilayah Persekutuan terutamanya mereka yang terjejas dengan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak mentah dunia baru - baru ini. Kami juga golongan yang turut terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.



Hari ini harga pasaran petrol di Malaysia ditentukan menggunapakai sistem ‘manage float’ atau apongan secara terkawal. Purata data (harga petrol) bulan ini akan tentukan harga pasaran petrol pada bulan hadapan. Melihatkan akan perkara ini, Pemuda Barisan Nasional (BN) seluruh Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif menganjurkan program isi minyak percuma bagi membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi kalangan warga kota.

Untuk info program ini adalah sebahagian daripada ratusan program kebajikan yang pernah BN lakukan selepas Pilihanraya Umum 13 yang lepas. Di peringkat Wilayah Persekutuan, kami ada program Wilayah Prihatin, BN Cares, Membara, Merisik Khabar, Ziarah Prihatin dan pelbagai lagi program seumpamanya dengan objektif yang sama iaitu menawarkan bantuan dan membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh golongan sasaran.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan dari mana datangnya dana yang begitu banyak sehinggakan BN boleh membuat program sebegini setiap bulan. Pemuda BN Wilayah Persekutuan terdiri daripada pelbagai komponen parti dan pemimpinnya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada kalangan kami yang berkhidmat dengan bekerja makan gaji dan mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Sedikit daripada pendapatan yang diterima, kami sumbangkan semula kepada parti selain daripada sumbangan-sumbangan dari pihak yang prihatin. Inilah caranya bagaimana kami boleh menganjurkan program-program untuk rakyat. Kami tidak menggunakan dana kerajaan seperti apa yang kerajaan PKR dan DAP buat di negeri-negeri yang mereka tadbir

Lim mungkin terlupa bahawa beliau sendiri pernah menganjurkan program sedemikian rupa. BN tidak pernah mempersoalkan dari mana datangnya dana sehinggakan beliau mampu menganjurkan program sebegini secara bersendirian. Kami berpendapat Lim melihat program ini dari sudut pandang politik semata-mata dan bukannya aspek kebajikan untuk membantu rakyat. Kerana itulah beliau mungkin rasa terancam dengan sambutan yang menggalakkan ini.

Apa yang penting pada kami, untung nasib rakyat kita harus bela bersama jika mahu bergelar sebagai pemimpin masyarakat. Terpulanglah kepada tanggapan mana-mana pihak yang memperlekehkan program ini diumpamakan seperti gimik PRU 14 tapi apa yang pasti, kami akan terus membantu dan paling penting ianya memberi manfaat kepada semua pihak.

DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget