KL CHRONICLE: @LiowTiongLai sedih kes remaja berbasikal dilanggar di Johor

Monday, February 20, 2017

@LiowTiongLai sedih kes remaja berbasikal dilanggar di Johor


Baru - baru ini negara dikejutkan dengan kes kemalangan maut di Johor yang melibatkan lapan (8) remaja maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal dimana sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3 pagi.




Bagi Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Seri Liow Tiong Lai, tragedi kemalangan ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan dan beliau dukacita atas apa yang berlaku. Untuk mengelakkan perkara dari sebegini dari berulang, Yang Berhormat Menteri (YBM) mahu penguatkuasaan yang lebih ketat dijalankan/dikuatkuasakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Memetik kata - kata YBM didalam akhbar The Star:
“I am very sad over the incident. The teenagers should not be cycling there, what more in the middle of the night.
“I have directed the Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) to work closely with the police to investigate this serious accident,” 
Selain mengarahkan penguatkuasaan yang lebih ketat dijalankan, YBM juga mahu MIROS bekerjasama dengan pihak Polis dalam siasatan kes kemalangan ini. Ini supaya punca sebenar kemalangan dapat dikenalpasti dan perkara sebegini tidak berulang lagi. Langkah yang diambil oleh kerajaan ini sudah semestinya memberi kelegaan kepada ibu bapa mangsa yang sudah semestinya mahu keadilan bagi anak - anak mereka. 


Namun demikian, bagi kami di #KLChronicle, ibu bapa seharusnya peka dengan undang - undang sedia ada dimana di Malaysia terdapat Akta 611 Akta Kanak - Kanak 2001 dimana undang - undang dengan ini jelas mengatakan adalah menjadi tanggungjawab ibu - bapa dan/atau penjaga bagi memastikan keselamatan anak anak mereka. Ianya bukan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga anak anak kita. 


Ibu bapa juga boleh diambil tindakan dari segi undang - undang jika tidak mematuhi perkara 33 Akta 611 dimana anak dibawah jagaan ditinggal tanpa pengawasan yang berpatutan. Oleh yang demikian, kami rasakan adalah tidak wajar bagi ibu bapa ataupun netizen menyalahkan kerajaan didalam hal yang berlaku ini. Akhir sekali, kami di #KLChronicle mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang - orang yang beriman.

Al - Fatihah

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget