KL CHRONICLE: @LiowTiongLai Bidas kenyataan tidak berasas duta Korea Utara

Wednesday, February 22, 2017

@LiowTiongLai Bidas kenyataan tidak berasas duta Korea Utara


Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membidas kenyataan jijik yang dikeluarkan oleh Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol adalah tidak masuk akal dan tidak berasas sama sekali. Malah, kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Kang Chol tidak mencerminkan status jawatan Duta Besar dan diplomat yang disandang beliau. 




"We view such accusations seriously. The Malaysian investigation is still under way and we have been very transparent. The ambassador cannot make baseless accusations against us.  

"It is nothing short of shocking. This is not the action befitting a diplomat," 

Bagi kami di #KLChronicle, kami bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana telah terbukti Duta Besar Korea Utara telah bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak menghormati undang - undang di negara ini. Kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin diktator Korea Utara Kim Jong Un telah berlaku di negara kita dan sudah semestinya undang - undang Malaysia terpakai dalam kes jenayah ini.

Namun persoalan disini, mengapa pihak Korea Utara melalui Duta Besar mereka di Malaysia dilihat terlalu takut untuk membenarkan kerajaan Malaysia menyiapkan siasatan supaya mereka yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah. Sebagai sebuah negara yang ketiga dimana jenayah ini dilakukan, Malaysia tidak mempunyai apa - apa kepentingan selain itu menyelesaikan kes ini supaya mayat mendiang dapat dipulangkan kepada waris.

Konklusinya, kami berpendapat Duta Besar Korea Utara sengaja cuba mewujudkan kontroversi didalam siasatan ini supaya polis dan doktor yang menyiasat kes ini hilang fokus sekaligus melakukan kesilapan. Kesilapan kecil ini nanti akan digunakan oleh Korea Utara untuk memberikan persepsi bahawa petugas Malaysia tidak cekap dan sebagainya. Kami doakan petugas negara terus cekal dan tabah dalam menjalankan amanah yang diberi. 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget