KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD kenal pasti 20 syarikat bas bermasalah

Saturday, February 18, 2017

#DemiRakyat SPAD kenal pasti 20 syarikat bas bermasalah


Menyedari bahawa rakyat Malaysia semakin gusar dan risau dengan perkhidmatan serta keselamatan operasi syarikat bas ekspress di negara ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengenal pasti 20 syarikat bas yang bermasalah dan akan memanggil syarikat ini untuk diberi amaran dan teguran. Ini selaras dengan hajat dan aspirasi yang dikehendaki oleh rakyat di negara ini yang mahukan perkhidmatan bas ekspress yang selamat.



Memetik kata - kata Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, 

"Selain pengusaha syarikat terlibat dipanggil untuk diberi nasihat dan amaran, SPAD juga melakukan operasi penyamaran menjadi penumpang dengan menaiki bas-bas yang dikenal pasti itu,"

Didalam perkembangan yang lain, Datuk Che Hasni Che Ahmad juga mengesahkan bahawa SPAD kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti syarikat bas yang bermasalah. Kerjasama ini melalui  rekod yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti statistik kesalahan had laju dan menggunakan telefon bimbit.

Bagi kami di #KLChronicle, sudah tiba masanya syarikat bas bermasalah tidak lagi "diberi muka" oleh pihak kerajaan. Sudah banyak kali kerajaan cuba membantu syarikat - syarikat ini kerana sedar bahawa perkhidmatan yang diberikan mereka adalah penting demi kelangsungan aktiviti rakyat di negara ini. Namun, peluang yang diberikan oleh kerajaan tidak digunakan oleh syarikat ini dengan sebaik mungkin. 

Malah, ada yang mengambil kesempatan atas peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan menyediakan perkhidmatan yang tidak selamat sekaligus menyebabkan kemalangan dan kematian nyawa penumpang. Syabas kepada pihak SPAD yang sudah sekian lama tegas dalam hal - hal yang melibatkan keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam darat di negara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget