KL CHRONICLE: Tawar Jawatan TPM, Mahathir Dedah "Grand Design" Perjanjian Sulit

Friday, January 20, 2017

Tawar Jawatan TPM, Mahathir Dedah "Grand Design" Perjanjian Sulit


Beberapa hari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. 




Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.

Pendedahan Mahathir itu, seperti yang dilaporkan oleh portal Antarapos itu telah mengesahkan apa yang diperkatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz sebelum ini.

Tunku Aziz mendakwa wujudnya perjanjian sulit antara Lim Kit Siang dan Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pengesahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri dan pada masa sama DAP hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Atas sebab itu juga, ramai yang melihat ia sebagai punca kenapa sehingga kini Mahathir tidak mengumumkan siapa calon Perdana Menteri sebenar jika pakatan pembangkang menang pada pru ke-14.

Walaupun DAP menerusi Lim Guan Eng cuba menafikan bahawa parti itu mahu jawatan TPM, namun ia belum cukup kuat untuk mematahkan dakwaan Tunku Abdul Aziz itu.

Malah cabaran Tunku Abdul Aziz terhadap Kit Siang dan Mukhriz agar membuat akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan tersebut atau menyamannya sekiranya tuduhan itu adalah fitnah, masih belum berlaku.

Ini mengesahkan lagi "Grand Design" pembangkang itu hanya dibuat antara Mahathir dan Kit Siang sahaja tanpa pengetahuan Muhyiddin, Wan Azizah dan Mat Sabu. Itulah namanya perjanjian sulit.

Kit Siang bagaimanapun telah mengemukakan saman ke atas dua akhbar, Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang menyiarkan dakwaan Tunku Abdul Aziz tersebut. Namun beliau tidak menyaman Tunku Abdul Aziz hingga mencetuskan persoalan ramai, malah kepada Tunku Abdul Aziz sendiri.

"Kenapa Kit Siang tak saman saya? Maknanya apa yang saya cakap itu benar. Saya takkan dedahkan perkara ini kalau sumber saya tidak boleh dipercayai. Namun saya kena menjaga kerahsiaan sumber itu," ujar Tunku Abdul Aziz sebelum ini.

Begitu juga dengan serangan ke atas Forest City apabila Mahathir mendakwa 700,000 warga Cina akan dibawa masuk ke Johor dan warga China berkenaan akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.    

Serangan yang dilakukan itu jika diamati, berlaku tatkala DAP bercita-cita mahu menawan Johor pada PRU ke-14 nanti. 

Mahathir serang Forest City dan keuntungan serangan itu adalah menjadi habuan DAP. Kit Siang telah sebut semalam dalam Roketkini bahawa DAP akan tawan Johor.

Mahathir tolong DAP di Johor menerusi isu Forest City, Kit Siang pula tolong Mahathir sokong anaknya jadi PM. 

Jangan pelik kenapa cerita pasal Anwar Ibrahim ada ada sahaja diceritakan oleh media media pembangkang. Itu adalah arahan dari Anwar supaya geng geng pembangkang tidak lupakan Anwar.

Di sebalik geriji besi Sungai Buloh, Anwar melihat sahaja satu persatu "game plan" pembangkang yang kini disusun hanya oleh dua orang sahaja iaitu Mahathir dan Kit Siang. Tidak pun libatkan isteri Anwar sekali.

Inilah namanya perjanjian sulit. Jawatan PM dan TPM hanya diagih kepada mereka berdua sahaja. PKR dan PAN  hanya tengok sahajalah.

Rejim pembangkang sekarang hanya didemokrasi oleh dua orang sahaja iaitu Mahathir dan Kit Siang. Dua suara ini adalah veto kepada semua keputusan dalam pembangkang. Anwar kini bukan lagi De Facto Leader.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget