KL CHRONICLE: Kedudukan Malaysia Meningkat Dalam 'Senarai Ekonomi Yang Dijangka Berkembang Pesat' bagi tempoh 2013 hingga 2015" @cmlimguaneng Apa Lagi Mau?

Friday, June 28, 2013

Kedudukan Malaysia Meningkat Dalam 'Senarai Ekonomi Yang Dijangka Berkembang Pesat' bagi tempoh 2013 hingga 2015" @cmlimguaneng Apa Lagi Mau?

Malaysia berada pada kedudukan ke-16 pada 'Senarai Ekonomi Yang Dijangka Berkembang Pesat' bagi tempoh 2013 hingga 2015, dengan peningkatan tiga kedudukan, demikian menurut Laporan Pelaburan Dunia 2013 yang diumumkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

Kedudukan itu berasaskan peratusan dari responden yang memilih sesuatu ekonomi sebagai 'ekonomi terbaik.'




Laporan yang bertajuk 'Global Value Chains: Investment and Trade for Development' itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini hari ini.

Pada 2011, Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-11 di kalangan 20 ekonomi teratas yang mencatatkan kadar pulangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) tertinggi atau keuntungan FDI 17 peratus, yang membuktikan Malaysia sebagai lokasi menguntungkan untuk melakukan perniagaan.

Malaysia turut mengekalkan kedudukannya sebagai penerima FDI ketiga terbesar di ASEAN, kata laporan itu, sambil menyatakan bahawa aliran masuk bersih FDI negara ini pada tahun lepas menyaksikan penurunan pelaburan 17.4 peratus kepada AS$10.1 bilion (RM32.07 bilion) berbanding AS$12.2 bilion (RM38.73 bilion) pada 2011.

Sebahagian besar aliran masuk FDI Malaysia dicatatkan di dalam sektor perkilangan, yang tidak sama di negara-negara ASEAN yang lain di mana pelaburan dicatatkan di dalam sektor infrastruktur, perkhidmatan dan utama, kata laporan itu.

"Penurunan aliran masuk FDI ke Malaysia adalah sejajar dengan penurunan global di dalam sektor perkilangan, di mana menurut UNCTAD ia disumbangkan sebahagian besar kerana penurunan di segi nilai projek baharu," kata laporan itu.

Katanya, sektor perkilangan di Malaysia kini mengalami satu tempoh transformasi dan penstrukturan semula, yang mana pemain industri dijangka mengurangkan pelaburan pada sektor bernilai rendah dan meningkatkan aktiviti di dalam industri penyelidikan dan pembangunan, berpengetahuan tinggi, bernilai tambah tinggi dan berteknologi tinggi.

Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menggalakkan aktiviti nilai tambah, yang termasuk menerima pakai satu kaedah ekosistem untuk menggalakkan pelaburan swasta, menggalakkan aktiviti penyumberan luar dan memperkenalkan inisiatif pelaburan domestik.

Katanya, banyak syarikat multinasional (MNC) terkemuka telah memilih Malaysia untuk mewujudkan operasi serantau dan global masing-masing.

"Kebanyakan MNC ini telah mewujudkan program latihan berstruktur bagi memindahkan kemahiran utama masing-masing kepada warga kerja Malaysia," katanya.

Pada peringkat global, laporan itu menyatakan aliran masuk FDI global turun 18 peratus kepada AS$1.35 trilion pada 2012, berbanding AS$1.6 trilion pada 2011. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130628/ek_01/Kedudukan-Malaysia-meningkat#ixzz2XVdD1qVX 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Anonymous said...

Apa lagi dia mau, dia mau dinasti Lim merajai Malaysiala, yang itulah yang dia mau.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget