KL CHRONICLE: Masyarakat Cina perlu undi MCA untuk ada wakil dalam kerajaan Barisan Nasional

Tuesday, January 10, 2017

Masyarakat Cina perlu undi MCA untuk ada wakil dalam kerajaan Barisan Nasional


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru - baru ini telah menyeru masyarakat berbangsa Cina di negara ini untuk mengundi MCA pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang jika mereka mahukan wakil masyarakat Cina didalam kerajaan Barisan Nasional. Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:
 “Jika MCA berada didalam kerajaan kami mampu untuk memberi khidmat bakti, maka undi lah kami sebagai wakil kamu dan jangan pinggirkan MCA” ujar Liow.



Bagi kami di #KLChronicle, nasihat yang diberikan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai ini adalah tepat. Umum ketahui bahawa kerajaan Barisan Nasional merupakan satu kerajaan yang majmuk dimana ianya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh yang itu, setiap kaum dan agama harus mempunyai representasi didalam kerajaan supaya permasalah mereka dapat dibincangkan dan seterusnya diselesaikan. Datuk Seri Liow Tiong Lai juga telah berkata:
 “Undi lah MCA supaya boleh jadi wakil dalam kerajaan dan gunakan lah kelebihan itu untuk menyelesaikan masalah kamu untuk kejayaan Malaysia”
 “MCA masih relecven dan akan bekerjasama dengan baik bersama ahli komponen nya UMNO dan MIC demi negara dan kita semua mahu Malaysia yang aman dan parti yang mewakili pelbagai kaum bekerjasama” 
Kerjasama yang erat antara semua parti - parti komponen Barisan Nasional telah terbukti berjaya membawa negara ini mencapai kemajuan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan negeri dibawah pemerintahan pihak pembangkang yang dilihat gagal mentadbir negeri dengan baik dengan pelbagai isu - isu asas yang menyusahkan rakyat seperti ketiadaan air di Selangor, banjir di Selangor (Kajang) dan Pulau Pinang, air kotor di Kelantan dan sebagainya. 

Oleh yang demikian, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berkata:
 “Pembangkang seperti DAP sudah banyak kehilangan kredibiliti mereka” 
Persoalanya sekarang, adakah rakyat Malaysia tetap akan mengundi pihak pembangkang walaupun mereka telah terbukti gagal dalam mentadbir negeri - negeri mereka?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget