KL CHRONICLE: #Gagal #Failure #NoSupport Hanya 18 orang hadir demonstrasi anjuran DAP di Pulai Pinang

Sunday, January 1, 2017

#Gagal #Failure #NoSupport Hanya 18 orang hadir demonstrasi anjuran DAP di Pulai Pinang



Hari ini parti DAP di Pulau Pinang telah menjadi bahan ketawa penduduk negeri tersebut apabila hanya 18 orang sahaja ahli DAP dari seluruh negeri turun untuk konon nya berdemonstrasi memboikot akhbar Malaysia Nanban. Lebih menyedihkan adalah kehadiran 18 orang ini langsung tidak ditemani oleh pemimpin DAP negeri terutamanya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang iaitu Profesor P. Ramasamy. 





Bagi mereka yang tidak tahu, demonstrasi ini dianjurkan oleh DAP Pulau Pinang kerana akhbar Malaysia Nanban telah  menyokong usaha kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan Dual Language Program (DLP) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Program DLP ini merupakan satu program dimana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantara bagi pelajar - pelajar di SKJT dalam pembelajaran mereka. 

Malangnya, usaha kerajaan yang sejajar dengan era globalisasi dunia ini kini mendapat tentangan dari pemimpin - pemimpin India DAP. Oleh sebab itu mereka telah mengadakan demonstrasi petang tadi di pejabat syarikat akhbar Malaysia Nanban kerana Malaysia Nanban juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh kerajaan. Bagi kami di #KLChronicle, mereka yang turun berdemo ini semua bodoh belaka.

Pada zaman sekarang, tanpa kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris susah bagi anak muda untuk mencari pekerjaan bukan sahaja di luar negara tetapi di dalam negara juga. Menyedari perkara ini lah kerajaan mahukan program DLP ini di SJKT, iaitu untuk membantu masyarakat India. Malangnya ada segelintir pemimpin DAP yang tidak mahu masyarakat India maju kehadapan dan berjaya. Persoalanya mengapa?   

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget