KL CHRONICLE: Akhirnya Shamsulbahrin mohon maaf kepada SPAD dan Tan Sri Syed Hamid Albar

Friday, January 13, 2017

Akhirnya Shamsulbahrin mohon maaf kepada SPAD dan Tan Sri Syed Hamid Albar


Pengasas Big Blue Taxi Services Shamsubahrin Ismail yang selalu menimbulkan masalah dengan membuta - tuli memfitnah dan mengkritik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini akhirnya memohon maaf kepada SPAD dan Tan Sri Syed Hamid atas tindakan tidak bertanggungjawab beliau itu. Memetik kata - kata beliau:



“Saya hendak meminta maaf kepada SPAD dan Syed Hamid atas beberapa perkara yang saya kata dan lakukan sebelum ini,”

“Saya bertidak melampaui batas dan saya belajar daripada kesilapan. Tahun ini saya berhasrat melupakan semuanya dan gerak ke depan,” katanya.



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Shamsulbahrin Ismail ini memang tepat pada masanya. Sudah bertahun kami smenyuarakan rasa tidak puas hati kami atas tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab beliau yang hanya membawa kehancuran kepada industri teksi. SPAD dan Tan Sri Syed Hamid Albar selalu dijadikan "kambing hitam" oleh Shamsulbahrin tetapi syarikat teksi beliau sendiri tidak cuba untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. 

Konklusinya, kami berharap Shamsulbahrin belajar dari kesilapan beliau dan berhenti menyalahkan orang lain atas kelemahan beliau sendiri. Umum ketahui bahawa SPAD telah mengambil pelbagai tindakan dan juga membawa usul - usul berkaitan perkhidmatan e-hailing ini kepada kerajaan dimana kerajaan memberi sokongan penuh kepada perkhidmatan e-hailing. Malah dalam bajet 2017, Perdana Menteri juga telah memperuntukkan sejumlah wang kepada rakyat Malaysia untuk dijadikan modal membeli kereta untuk menjana pendapatan. 

Oleh yang demikian, e-hailing adalah the way forward dan usah lah kita berlawan sesama sendiri namun lebih baik bekerjasma untuk mewujudkan win - win situation bagi semua pihak. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget