KL CHRONICLE: Adakah Saifuddin Nasution dibayar menggunakan duit rakyat?

Thursday, January 5, 2017

Adakah Saifuddin Nasution dibayar menggunakan duit rakyat?


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengangkat sumpah sebagai penasihat strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Upacara tersebut dijalankan di hadapan Lim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus, menurut media rasmi negeri Buletin Mutiara.




Turut hadir exco-exco kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Pegawai Kewangan Negeri Sarul Bahiyah Abu.

Saifuddin ialah pengarah strategik pertama PKR yang memegang jawatan antara 2010 hingga 2014.

Beliau pada November lalu dilantik sebagai setiausaha agung PKR menggantikan Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi itu selepas didapati bersalah memfitnah kerajaan.

1 comment:

PUTRA CHUBADAK said...

MESTILAH BAYAR GUNA DUIT RAKYAT...BUKAN DUIT PARTI. SIAPA WUJUDKAN JAWATAN ITU? JPA? DAPAT KELULUSAN PERBENDAHARAAN NEGERI? ADAKAH JAWATAN ITU JAWATAN AWAM? ATAU JAWATAN PARTI....SPRM PATUT SIASAT....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget