KL CHRONICLE: Dilema Mahathir Terpaksa Bersihkan Najis Yang Ditaburnya Dulu.

Saturday, December 10, 2016

Dilema Mahathir Terpaksa Bersihkan Najis Yang Ditaburnya Dulu.


Amat malang bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana landasan yang dipilihnya untuk terus mengejar impian peribadinya adalah platform yang pernah dikotori dan diharamkannya sewaktu 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu DAP.




Beliau memilih DAP, iaitu parti yang dianggapnya jijik dan diberikan pelbagai gelaran hingga Mahathir menyifatkan sesiapa yang menyokong DAP adalah pengkhianat dan petualang bangsa.

Malah sepanjang pemerintahannya, DAP menjadi satu stigma sebagai parti jijik, kotor dan berniat jahat. Beliau juga menanam di dalam kepala orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, bahawa DAP adalah agen anasir luar untuk melaksanakan “regime change” daripada kepimpinan Melayu Islam.

Namun kini, DAP menjadi tempat beliau berlindung dan selepas menyarung jersi DAP, tugas utama Mahathir adalah cuba mensucikan segala kejijikan yang dilemparkannya kepada DAP selama berpuluh tahun lalu.

Tindakannya sama seperti ketika Mahathir secara konsisten memburukkan Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa Anwar itu kotor orangnya dan buruk perangainya.

Mahathir mengajar kita bahawa Anwar akan rembat sesiapa sahaja lelaki mahu pun perempuan sama ada di depan  atau belakang jika ada kesempatan.

“Saya sendiri menemubual mangsanya” kata Mahathir dalam satu temuramah yang divideokan, demi mahu menegaskan betapa buruknya perangai Anwar.

Kini apabila Mahathir mahu menyeru orang Melayu serta orang Cina untuk menyokong DAP, Mahathir menghadapi halangan bukan dari orang lain, tetapi dari penanaman minda yang disemaikan kepada penyokongnya dahulu.

Demi mahu menggunakan DAP untuk agenda peribadinya, maka beliau terhegeh-hegeh pula mahu orang Melayu dan orang Cina supaya menukar selera, seperti yang dilakukannya kini.

Jika Mahathir sendiri perlukan berpuluh-puluh tahun untuk mendapat hidayah kononnya beliau tersilap pandang dan diberi maklumat salah berkenaan DAP, apakah beliau mengharapkan orang Melayu dan Cina menukar sokongan kepada DAP dalam masa satu atau dua bulan?

Sebenar beliau tersilap perkiraan dan terlalu “under estimate” akal serta minda orang lain. Mahathir menyangka orang akan sentiasa mengikut apa yang dilakukannya.

Mahathir terlupa semua kejayaan yang ada bukan disebabkan kehebatan dirinya, sebaliknya adalah hasil daripada parti UMNO. Jika tanpa kuasa UMNO, sebiji batang besi KLCC pun tidak mampu Mahathir dirikan.

Namun seperti biasa, Mahathir menyalahkan orang lain, bukan diri sendiri. Beliau salahkan UMNO, MCA dan MIC. Mahathir terlupa sehebat-habat dirinya, beliau tidak memiliki nilai murni iaitu kesetiaan.

Walau pun ahli UMNO kebanyakannya insan biasa tiada bernama dan tidak terkenal, tidak seperti Mahathir yang dikenali seantero dunia, namun ahli UMNO memiliki ciri-ciri murni berkenaan iaitu kesetiaan.

Ketika dalam UMNO, Mahathir hanya dapat memuaskan nafsu politik dan kekayaan untuk kroni terpilih sahaja. Kini Mahathir cuba sedaya upaya mencuci najis yang ditaburnya itu bukan kerana beliau setia kepada DAP, tetapi demi mahu mencapai matlamat peribadinya.

Itulah dilema yag terpaksa dihadapi Mahathir, beliau mendapat kesusahan hasil kerjanya sendiri dulu dan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan penghalang beliau sebaliknya zaman lampau Mahathir kini menghantuinya.

Mahathir hari ini sebenarnya sedang bertarung dengan Mahathir pada zaman lampau. Dalam perkataan mudah apabila senang Mahathir akan mencari kroninya tetapi tatkala dalam kesusahan, beliau akan beralih mencari rakyat.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB180, Jumaat
9 Disember 2016

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget