Sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Deklarasi Rakyat pada 25 April 2016 yang lalu, pelbagai usaha digerakkan oleh para pentaksub Tun Mahathir untuk menjayakan misi mereka mengumpul 1 juta tandatangan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan.
Semua usaha itu temui kegagalan. Tandatangan yang didakwa 1.4 juta orang terbukti palsu.
Deklarasi itu dipersendakan dengan kewujudan tandatangan palsu. Paling teruk lagi, bila hampir sebulan parti PPBM tertubuh, belum sampai pun 20,000 orang sertai parti itu.
Jumlah 20,000 ini jadi pembuktian, tandatangan 1.4 juta adalah satu rekaaan sahaja. Jika benar, ada 1.4 juta orang, dalam satu bulan ahli PPBM mestilah sekurang kurangnya 500,000 orang. Ini tidak, kontradik jumlahnya dengan angka 1.4 juta.
Melihat kegagalan deklarasi ini untuk membuatkan Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan, Tun Mahathir mencuba nasib untuk masuk mengadap Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong bagi mendesak pihak istana menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib, bersandarkan kepada deklarasi berkenaan.
Namun, bukan semua kemahuan Tun Mahathir akan dituruti oleh Yang DiPertuan Agong. Baginda dilaporkan telah menolak usaha yang dibuat oleh Tun Mahathir kerana Baginda berpendapat, pihak istana tidak sepatutnya mencampuri urusan negara dan paling utama, Datuk Seri Mohd Najib dipilih secara sah oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.
Melihat akan kegagalan pertemuan itu, Mahathir mencuba lagi memujuk Yang DiPertuan Agong semalam.
Hari ini, 11 Oktober adalah mesyuarat Majlis Raja Raja.
Mahathir telah mengutus surat kepada Majlis Raja-Raja untuk meminta pihak majlis membincangkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib, juga bersandarkan kepada tuduhan tanpa bukti dan Deklarasi Rakyat yang beliau perjuangkan.
Menariknya, tindakan beliau ini ditempelak oleh NGO pro pembangkang, Otai Reformis. Menerusi kenyataan Presidennya, Saari Sungib, pihaknya mempersoalkan tindakan Tun Mahathir yang kini cuba mempengaruhi Majlis Raja-raja dan Yang DiPertua Negeri untuk menerima Deklarasi Rakyat dalam usaha mendesak Perdana Menteri letak jawatan.
Menurut beliau lagi, banyak pihak yang tidak tahu sejauh mana deklarasi ini mewakili secara keseluruhan suara rakyat.
Ini kerana agenda yang dibawa tidak didedahkan kepada umum selain masih samar hingga kini.
Saari Sungib turut mempersoalkan apa locus-standi Tun Mahathir, asas yang diperjuangkan olehnya, adakah ia merupakan satu gesaan rakyat umum dan secara keseluruhannya.
Jika berjaya, apa pula langkah seterusnya yang akan dibuat oleh Tun Mahathir menerusi Deklarasi Rakyat berkenaan.
Saari Sungib secara terbuka mempersoalkan, adakah Deklarasi Rakyat berkenaan adalah hasil persetujuan majoriti rakyat Malaysia kerana pihaknya difahamkan, ramai yang tidak bersetuju cara Tun Mahathir.
Saari juga mempertikai kesahihan Deklarasi yang dibawa Mahathir.
Oleh yang demikian, beliau turut menasihatkan Tun Mahathir supaya usah membuat kerja seperti Pak Pandir atau Lebai Malang hanya kerana mahu memuaskan nafsu politik sehingga rakyat melihat usahanya, tidak lebih dari sekadar sia-sia.
Tulisan :
Beruang Biru
BB78, Selasa
11 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment