KL CHRONICLE: Jom ke Simposium Pengangkutan Awam Darat Dan Pameran Transformasi Pengangkutan @SPADChannel

Monday, October 10, 2016

Jom ke Simposium Pengangkutan Awam Darat Dan Pameran Transformasi Pengangkutan @SPADChannel


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sebuah suruhanjaya yang terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan satu acara Simposium Pengangkutan Awam Darat pada 17 Oktober 2016 ini di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC. Lebih menarik lagi, sempena acara tahunan ini SPAD juga akan mengadakan Pameran Transformasi Pengangkutan Darat di tempat yang sama.


Bagi kami di #KLChronicle, 17 Ocotber 2016 merupakan tarikh yang penting kerana pada hari tersebut, rakyat dapat melihat segala transformasi yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak terhadap pengangkutan awam darat negara. Tidak keterlaluan jika kami nyatakan bahawa pengangkutan awam darat negara kini setaraf negara maju lain di dunia. 

Tema pada simposium kali ini adalah:

 ‘PENGANGKUTAN AWAM: MENTRANSFORMASIKAN NEGARA” (PUBLIC TRANSPORT : TRANSFORMING THE NATION). 

Tema ini juga sejajar dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai "corner stone" program transformasi negara. Oleh sebab ini lah kerajaan BN sekarang mengambil keputusan untuk berbelanja RM berbillion ringgit dalam projek Mass Rapid Transit (MRT), extension Light Rail Transit (LRT) dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat di negara ini. 


Tahniah juga diucapkan kepada SPAD dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar yang terus cekal dan amanah dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diberi oleh kerajaan. Hasil kecekapan SPAD kini program transformasi pengangkutan awam darat sudah menampakkan hasil dan membuktikan bahawa visi dan misi Perdana Menteri untuk menjadikan pengangkutan awam darat negara menjadi yang terbaik di dunia adalah satu keputusan yang tepat. 

-----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------

Untuk maklumat lebih lanjut sila baca lampiran dibawah ini ;


Dato’/Tuan/Puan,
SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2016 ANJURAN SPAD DAN PAMERAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT
Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 yang bertemakan " Pengangkutan Awam: Mentransformasikan Negara" (Public Transport: Transforming the Nation) pada 17 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.
2.      Perasmian Simposium tahunan ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang akan turut menyampaikan ucaptama mengenai ‘Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat – Impak dan Pencapaian’ dan dengan sekali gus melancarkan Buku Laporan Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat.
3.    Simposium ini akan menampilkan pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat dan perancangan masa hadapan negara. Pameran yang terbuka kepada orang awam ini turut menampilkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran.
4.      Simposium ini dijangka akan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pihak-pihak berkuasa, penggubal dasar, perancang bandar, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat dari Malaysia dan dari rantau ini. Simposium ini juga akan mengutarakan pembentangan dan perbincangan mengenai inisiatif-inisiatif yang akan mencorakkan mobiliti dan kesalinghubungan pengangkutan awam darat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi negara. Untuk maklumat lanjut, sila klikhttp://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium#!.
Disertakan bersama emel ini pautan bagi memuat turun kandungan berkaitan Simposium: DownDOWNLOADoad (poster simposium, video pameran, promo pertandingan Instagram)
Program tentatif bagi 17 Oktober 2016 adalah seperti berikut:
Time
Program
07.15 AM
Guest and Media Registration
08.30 AM
Arrival of VIPs and LPT Stakeholders
09.00 AM
LPT Symposium Keynote Speech by YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
09.15 AM
Speaker Series 1 : Transforming Cities, Transforming Lives
10.15 AM
Coffee Break
11.00 AM
Arrival of Guest of Honour: Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
11.05 AM
Negaraku
11.10 AM
LPT Transformation Journey Video
11.15 AM
Welcoming Speech by YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
11.20 AM
Launching Address: 5 Years of LPT Transformation Journey – Impacts & Achievements by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
11.50 AM
Launch of SPAD 5 Years LPT Transformation Journey Book by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
12.00 PM
LPT 5 Years Transformation Journey Official Exhibition Opening by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
12.30 PM
Lunch and Exhibition Visit
02.00 PM
Panel Discussion 1 : Disruption and Change in Public Transport
03.00 PM
Panel Discussion 2 : Public Transport: Catalyzing Socio Economic Development
04.00 PM
Speaker Series 2 : Building for Tomorrow
05.15 PM
Closing Remarks by Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
05.30 PM
Refreshment & Networking

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget