12 Oktober 2016, Ezam akhirnya masuk parti PPBM. Apa sebenarnya tujuan Ezam masuk PPBM dan bukannya PKR?
Di waktu Wan Azizah sedang genting diasak oleh kem Azmin Ali, di kala Rafizi Ramli dilihat lembik dan gagal menguruskan PKR, khidmat Ezam amat amat diperlukan dalam PKR dan bukannya PPBM. Apa sebenarnya misi Ezam?
Dua hari lepas, pada hari Ezam membuat keputusan masuk parti bunga, Anwar juga hadir di mahkamah dan berpesan pada peguamnya sebelum itu "don't arrange any meeting with me and Mahathir at the court".
Anwar tidak mahu ada perjumpaan dengan Mahathir. Dipercayai selain daripada memberi mesej kepada peguamnya Sivarasa Rasiah, Anwar juga memberi misi penting pada Ezam pada waktu itu.
Gerakan politik Ezam, benih bimbingan Anwar Ibrahim ini sebenarnya sudah dijangka.
Selepas tinggalkan UMNO, Mohamad Ezam dalam satu kenyataan berkata beliau keluar dari parti kerana kecewa dengan langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menitikberatkan perjuangan membanteras rasuah.
Takkan beliau tidak tahu Pengerusi PPBM, Mahathir paling terkenal dengan rasuah melalui kroni-kroninya sebelum ini yang mana beliau sendiri kutuk apabila Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Itu belum lagi cerita rasuah pemimpin lain dalam PPBM. Rasuah juga tidak lagi menjadi agenda utama Bersih 5. Beranikah Ezam bercakap mengenai rasuah mereka bila berada dalam PPBM?
Semua tahu, Anwar yang hanya bermuka muka berbaik-baik dengan Mahathir memerlukan Ezam untuk menolongnya merealisasikan harapan untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada PRU14.
Mahathir pula mahukan Mukhriz menjadi PM atau anak angkatnya, Azmin. Jika legasi Mahathir ini naik, maka berkuburlah impian Anwar untuk menjadi PM.
Ezam digunakan oleh Anwar untuk memantau gerakan bekas pemimpin dalam UMNO, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz supaya gerakan-gerakan yang tampak seperti mahu menyingkirkan Anwar akan dapat segera dibendung.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran beliau ke dalam PPBM adalah kerana misi menjadi ejen Anwar di dalam parti itu.
Difahamkan, ada cakap-cakap mengatakan jika ada gerakan untuk menjatuhkan Anwar, Ezam akan memulakan kekacauan politik di dalam PPBM untuk menjadikan parti itu huru hara sekaligus menyelamatkan bosnya dari tersingkir.
Rata-rata, para pemerhati tidak menyukai cara Ezam berpolitik apabila pada mulanya bersama dengan Anwar dalam UMNO, kemudian bersama dengan Anwar dalam PKR dan kembali semula ke UMNO.
Kini, apabila semua mentornya kononnya kembali bersama dalam parti PPBM yang bersifat pembangkang, Ezam yang pernah dilantik menjadi Senator dulu kembali kepada pembangkang.
Ezam kini adalah "mole agent" Anwar dalam PPBM. Selain bertugas memastikan Anwar menjadi PM, Ezam juga ditugaskan agar memastikan PPBM tidak menuntut 40 kerusi parlimen dalam PRU14 nanti.
Dengan hadirnya Ezam, maka parti bunga kini sudah berada dalam genggaman "geng tengkotak". Bunga raya akan bertukar jadi bunga taik ayam bila "geng tengkotak" ini hadir.
Berjayakah misi Ezam dalam PPBM?
Tulisan :
Beruang Biru
BB83, Jumaat
14 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment