KL CHRONICLE: Muhiyiddin & Mukhriz Dicabar Bertanding Atas Tiket Parti Pribumi Di Pagoh & Jerlun Pada PRU 14 Nanti

Friday, August 19, 2016

Muhiyiddin & Mukhriz Dicabar Bertanding Atas Tiket Parti Pribumi Di Pagoh & Jerlun Pada PRU 14 Nanti


Alor Setar- 17Ogos. Tinjauan secara rambang di Parlimen Jerlun baru-baru ini oleh Sebuah Badan Bebas yang terdiri dari kalangan Penuntut Universiti mendapati rata-rata rakyat yang ditemui ( 1,253 orang ) di Parlimen tersebut mahu Bekas Menteri Besar Kedah ini bertanding atas tiket  "Parti Pribumi". Mereka mahu Mukhriz dapat buktikan yang beliau ada "Pengaruh" di Jerlun dan bukannya hanya Penyokong Bola Sepak yang Memenuhi Stadium Darul Aman waktu Liga Piala Malaysia sedang berlansung sahaja.



Sumber beberapa hari yang lalu menyatakan yang Mukhriz ingin " Lari " ke Kawasan Pengundi Cina setelah kurang yakin dengan kemampuannya di Jerlun. Sebagai Parti yang dikhaskan untuk kaum Melayu adalah amat tidak sesuai jika Beliau bertanding di kawasan Majoriti Kaum Cina., seperti Parti MCA yang hanya menang di kawasan majoriti Melayu.

Parlimen Jerlun kini adalah milik BN setelah mengalahkan Calon dari PAS pada PRU 13 yang lalu. Pada PRU 14 , sudah pasti PAS dan BN akan "Bertemu" lagi dan sebagai Naib Presiden Parti Pribumi, tentu saja tidak jadi masalah untuk Mukhriz bertanding di Jerlun yang majoriti pengundinya adalah Melayu.  Namun hampir 945 orang dari 1,253 orang yang ditemui melahirkan rasa "Tertipu" dengan lakunan Warak Mukhriz selama ini dan mereka tak sabar untuk pergi "Mengundi" jika Mukhriz bertanding di Jerlun nanti.

Sementara itu Wakil NGO terbabit yang turut membuat liputan di dalam Parlimen Pagoh ( 2,178 ) mendapati  rata-rata yang ditemui tidak mahu Muhjiddin "Berlari Malam" ke tempat yang majoriti Kaum Cina.

Sebagai Presiden Parti Pribumi , Muhjiddin perlu memperlihatkan Kewibawaannya Sebagai Pemimpin Parti yang Berteraskan Kaum Melayu ini.  Namun ramai yang ditemui merasakan agak Kecewa dengan sikap '"Ahli Parlimen" mereka kini yang telah berubah 360 Darjah . Daripada 2,178 orang yang ditemui, 16 orang menyatakan akan tetap setia mengundi Muhjiddin jika Beliau bertanding di Parlimen Pagoh nanti. SEKIAN.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget