KL CHRONICLE: @vellpaari : Kemana Hilangnya Prof. Ramasamy?

Friday, July 1, 2016

@vellpaari : Kemana Hilangnya Prof. Ramasamy?



KENYATAAN MEDIA
DATO SRI S.VELL PAARI
BENDAHARI
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)

Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dituduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM(Akta 694) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang *P. Ramasamy nampaknya diam seribu bahasa*.



Jika sebelum ini P. Ramasamy dilihat cukup lantang dalam kes - kes rasuah yang kononnya melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN), namun kali ini apabila kes rasuah melibatkan boss beliau iaitu Lim Guan Eng, P. Ramasamy nampaknya telah hilangkan diri. Mengapa?

Dengan hanya berdiam diri, ini membuktikan bahawa P. Ramasamy hanya lantang bersuara jika terdapat kes yang melibatkan pemimpin BN terutama nya terhadap Pemimpin MIC dan sebenarnya tidak ikhlas untuk berjuang demi rakyat. Beliau nampaknya hanya bermain politik semata - mata dengan menggunakan isu tertentu. Ini menunjukkan *P. Ramasamy dan pemimpin - pemimpin DAP adalah hipokrit*.

Jika P. Ramasamy betul mahu berjuang untuk rakyat Pulau Pinang, beliau harus mendesak Ketua Menteri untuk mengambil cuti sehingga kes ini selesai untuk menjaga kesucian dan integriti pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Oleh itu, saya ingin mencabar dan mendesak parti DAP jika benar DAP mengamalkan kesamarataan kaum dalam parti dimana semua diberi peluang yang sama, DAP wajar melantik P. Ramasamy memangku jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini juga akan membuktikan bahawa DAP menghargai sumbangan kaum India di Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget