KL CHRONICLE: #TahukahAnda #DemiRakyat @LiowTiongLai taja Program E-Tuition Percuma Di Bentong?

Friday, July 15, 2016

#TahukahAnda #DemiRakyat @LiowTiongLai taja Program E-Tuition Percuma Di Bentong?



Menyedari bahawa pendidikan merupakan instrumen terpenting dalam membantu rakyat Malaysia keluar dari kepompong kemiskinan dan meningkatkan keadaan sosio ekonomi masyarakat, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil langkah proaktif dengan menaja program E - Tuition di kawasan Bentong yang akan memanfaatkan hampir 16.000 orang pelajar sekolah. 



16,000 orang pelajar daripada 58 sekolah di Parlimen Bentong ini terdiri daripada mereka yang berada di sekolah rendah (Darjah 1) hingga ke sekolah menengah (Tingkatan 5). Dengan tajaan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelajar ini akan mendapat access percuma kepada modul - modul E - Tuition yand serupa seperti kelas tambahan tetapi dibawa ke platform "on line". 

Lebih menarik lagi, modul E - Tuition melalui ezlearn2u.my ini diilhamkan oleh tenaga pengajar popular Sunny Yee iaitu seorang bekas kolumnis The Star Education. Kaedah pembelajaran yang dipelopori oleh Sunny Yee ini mendapat respon yang baik dari pelbagai pihak termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri Memetik kata - kata beliau:
 “Sebelum ini anak saya sentiasa mendapat markah merah dalam mata pelajaran matematik  namun sebaik sahaja belajar dari cara ajaran Yee beberapa bulan , telah pun mula bertambah baik”
Bagi kami di #KLChronicle, usaha murni Datuk Seri Liow Tiong Lai ini wajar dicontohi oleh pemimpin politik yang lain. Jika dilihat keadaan politik semasa di negara ini, ahli politik dilihat lebih sibuk berpolitik dari berkhidmat untuk rakyat. Ini terutamanya seperti Lim Guan Eng yang dilihat sibuk dengan hal politik Pulau Pinang sehingga mahu membubar DUN hanya untuk kepentingan peribadi beliau dan tidak langsung memikirkan kehendak rakyat.


Persoalannya sekarang,  adakah rakyat tetap akan memilih pemimpin pembangkang yang sibuk berpolitik berbanding pemimpin - pemimpin MCA yang sibuk bekerja untuk rakyat?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget