KL CHRONICLE: #DemiRakyat : 25 stesen LRT baru bermula 30 Jun 2016, Klik untuk maklumat lanjut! ‪#‎LEPRapidKL‬ @NajibRazak @AzmiAziz60

Tuesday, June 28, 2016

#DemiRakyat : 25 stesen LRT baru bermula 30 Jun 2016, Klik untuk maklumat lanjut! ‪#‎LEPRapidKL‬ @NajibRazak @AzmiAziz60



Bermula 30 Jun 2016, setelah selesainya LRT Line Extension Project (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, Prasarana Malaysia Berhad mensasarkan jumlah pengguna akan meningkat sebanyak 300,000 orang sehari. Ini merupakan satu lonjakan yang tinggi dimana disasarkan 170,000 orang akan menggunakan laluan Kelana Jaya manakala 130,000 akan menggunakan laluan Ampang. 



25 Stesen Baru

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu LEP, kami di #KLChronicle ingin berkongsi kepada anda stesen - stesen terbaru yang bakal beroperasi bermula 30 Jun 2016 iaitu hanya 2 hari sahaja dari sekarang! Untuk pengetahuan pembaca, kini terdapat 25 stesen baru yang disediakan oleh Prasarana demi kesejahteraan rakyat. Stesen - stesen baru ini adalah seperti dibawah:


Lebih manis lagi, bermula Khamis ini, penduduk di Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki LRT. Ini merupakan salah satu aspirasi kerajaan Barisan Nasional dalam membangunkan negara dan menjadikan pengangkutan awam darat negara antara yang terbaik di dunia. Projek LEP yang dibangunkan oleh kerajaan telah menelan belanja sebanyak RM 8 billion. 

Tambang yang sangat murah


Mesti ramai yang tertanya, berapakah harga jika seorang penumpang itu naik dari stesen paling hujung, iaitu Putra Heights dan hendak pergi ke KLCC? Well good news for you folks. Tambang dari Putra Heights ke KLCC hanya berharga RM 3.40 dan mengambil masa hanya satu jam sahaja.  Malah jika kita menaiki kereta dari Putra Heights ke KLCC, harga tol sahaja adalah lebih dari RM 3.40. Jadi projek ini sudah semestinya satu yang baik untuk rakyat oleh kerajaan BN. 

Konklusi

Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat milik kerajaan sudah membuktikan kewibawaan serta keupayaan mereka untuk mengendalikan laluan rel ringan di negara ini. Prasarana kini mengendalikan Monorail, LRT Kelana Jaya Line dan LRT Ampang Line. Kini dengan LEP mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar namun kami di #KLChronicle percaya dengan kepimpinan yang cemerlang oleh Datuk Azmi Abdul Aziz serta kakitangan yang berkebolehan, sudah pastinya operasi keseluruhan sistem rel ringan ini akan menjadi lebih baik dan bertaraf antarabangsa.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang terus peka dengan permasalahan rakyat dan sanggup berbelanja berbillion ringgit demi kesejahteraan rakyat. Terima Kasih!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget