KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : @MCAHQ Ikrar beri komitmen 100% di PRK #SungaiBesar

Friday, May 20, 2016

@LiowTiongLai : @MCAHQ Ikrar beri komitmen 100% di PRK #SungaiBesar



Syabas dan tahniah diucapkan kepada parti MCA, terutamanya presiden parti iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah memberi komitmen 100% dan berikrar untuk membantu kempen calon UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan. Memetik kata - kata  Datuk Seri Liow Tiong Lai : 


"Kita telah mengadakan mesyuarat di peringkat BN berhubung PRK Sungai Besar dan akan memberi sokongan padu kepada calon daripada UMNO.

"Kita akan turun ke peringkat akar umbi bagi mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin masa depan dan pembangunan negara,"



Bagi kami di #KLChronicle, kesediaan MCA untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK Sungai Besar ini membuktikan bahawa Barisan Nasional, sebagai satu "coalition government" masih utuh dan bersatu padu dalam segala aspek politik di dalam negara ini. Setiap parti komponen dalam Barisan Nasional, yang kini berjumlah 14 parti sering bantu - membantu antara satu sama lain. 

Ini berbeza dengan parti pembangkang iaitu parti DAP, PRK, Amanah dan juga PAS yang sehingga hari ini bergaduh antara satu sama lain hanya  untuk meletakkan calon di PRK Sungai Besar. Hari ini, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah memberi kata muktamad kepada PAS Selangor supaya tidak bertanding di Sungai Besar, jika PAS ingkar mereka akan dibuang dari kerajaan negeri Selangor. Adakah parti seperti ini yang pembaca mahukan sebagai kerajaan?

Kami di #KLChronicle menyeru pembaca dan semua rakan #KLChronicle untuk bersama - sama berkempen untuk kemenangan UMNO dan Barisan Nasional di PRK Sungai Besar. UMNO Barisan Nasional telah membuktikan bahawa mereka bersatu padu dan tidak pernah bergaduh antara satu sama lain. Musuh negara ini bukanlah UMNO atau Barisan Nasional, tetapi musuh negara ini adalah DAP. 


Disamping itu, marilah kita berusaha untuk memberi kemenangan kepada UMNO Barisan Nasional demi memperingati segala usaha dan penat lelah Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang telah banyak berkorban dan menyemai bakti di Sungai Besar secara khususnya dan Malaysia secara amnya. Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak baru baru ini. 

Al - Fatihah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget