Bersempena dengan Kedatangan bulan Ramadhan dan Euro 2016 bulan depan, pihak Kuala Lumpur International Hotel mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi EURO-Sahur.
Menurut Penolong Pengurus Besar KLIH, Azli Ariffin, pihak hotel akan menyediakan 3 jenis pakej untuk memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.
“Sempena euro 2016, kami menyediakan skrin besar di coffee house dan menyediakan 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari Rm15,” katanya ketika sidang media Promosi Buffet Ramadhan Buffet di sini tadi.
Tambah beliau lagi, pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga waktu imsak.
Bagi pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.
Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2 Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.
Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50 ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50 penyertaan.
Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2,000 bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1,000, RM800 dan RM600.-SuaraTV
No comments:
Post a Comment