KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Buka Cawangan di Seremban

Wednesday, April 27, 2016

#DemiRakyat SPAD Buka Cawangan di Seremban


Menyedari bahawa pengangkutan awam darat juga perlu diperkembangkan ke Negeri Sembilan memandangkan jumlah penduduk di negeri itu semakin meningkat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) secara rasminya telah membuka sebuah cawangan di Seremban pada bulan ini.



Pengunjung menerima cenderahati oleh pegawai SPAD
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh SPAD ini wajar diberi pujian. Umum ketahui bahawa kini isu pengangkutan awam semakin rancak dibincangkan terutamanya perkhidmatan teksi dan juga UBER/Grabcar. 

Di Seremban pula, sudah banyak kedengaran keluh resah pengguna dimana kebanyakkan perkhidmatan teksi tidak menggunakan meter dan sekaligus menyusahkan penduduk. Dengan penubuhan pejabat SPAD di Seremban, diharap isu ini dapat diselesaikan. 

Selain itu, pembukaan pejabat SPAD di Seremban juga bakal menjadi perintis kepada penambahbaikkan serta naik taraf pengangkutan awam di Negeri Sembilan. Ini kerana SPAD akan mampu turun "on the ground" untuk menilai tahap pengangkutan awam di negeri ini dan sekaligus mempebaiki sistem yang sedia ada. 

Bagi mereka yang ingin melawat pejabat SPAD di Seremban, berikut adalah alamat mereka:

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Cawangan Seremban, Lot 1-06, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato Muda Linggi, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel No : 06 - 761 6936  Faks : 06 - 761 6937
Waktu Operasi Isnin - Khamis (8.00 pg - 1.00 ptg) & (2.00 ptg - 5.00 ptg), Jumaat (8.00 pg - 12.15 tgh hr) & (2.45 ptg - 5.00 ptg)

Waktu Nombor Terakhir
Isnin - Khamis (4.00 ptg)
Jumaat (12.15 tgh hr) & (4.00 ptg)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget