KL CHRONICLE: Datuk Noor Ehsanuddin : 20,000 pelatih akan sertai PLKN

Saturday, February 13, 2016

Datuk Noor Ehsanuddin : 20,000 pelatih akan sertai PLKN



Menyedari bahawa terdapat permintaan yang tinggi dari anak muda di negara ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kerajaan melalui Program Transformasi PLKN 2.0 kini akan menyediakan 20,000 tempat untuk bakal pelatih. Progam PLKN 2.0 ini akan bermula pasa 26 Mac ini di seluruh negara.



Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata bakal pelatih itu akan ditempatkan di 81 kem terbaik di seluruh negara bagi mengikuti latihan selama lapan minggu. Latihan selama lapan minggu ini melibatkan modul latihan terbaru dan terbaik sejajar dengan Transformasi PLKN 2.0.

Memetik kata Datuk Noor Ehsanuddin, pada tahun ini hanya akan diadakan satu pengambilan sahaja dan pengambilan berikutnya adalah pada tahun 2017. Memandangkan  hanya satu pengambilan diadakan pada tahun ini, tumpuan dapat diberikan bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan.

Fasa itu akan memberi pendedahan kerjaya kepada pelatih di agensi yang menawarkan latihan kemahiran termasuk Institut Latihan Perindustrian, Institusi Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.

"Jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti," katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, transformasi yang dilakukan bagi PLKN oleh MLKN adalah tepat pada masanya. Ini memandangkan keperluan serta keadaan ekonomi kita sudah berubah dimana kemahiran serta 'skill set' anak muda perlu ditingkatkan supaya mereka dapat mencari kerja dengan mudah sekaligus membantu keluarga masing-masing. 

Ini juga membuktikan kerajaan dan to a certain extend MLKN melalui Datuk Noor Ehsanuddin mendengar denyut nadi serta memahami kehendak serta kemahuan rakyat. Terima kasih kami ucapkan kepada Datuk Noor Ehsanuddin kerana membawa suara serta aspirasi anak muda.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget