KL CHRONICLE: Tu Dia MCA bakal bantu usahawan muda melalui program internship

Monday, January 11, 2016

Tu Dia MCA bakal bantu usahawan muda melalui program internship


Menyedari hakikat bahawa kebanyakan perniagaan kaum masyarakat Cina merupakan peniagaan yang diwarisi sejak turun- temurun, Malaysia Chinese Association (MCA) akan mewujudkan satu program internship bagi waris – waris serta usahawan muda yang ingin berniaga ataupun memperkembangkan perniagaan mereka. Malah, program internship ini juga akan menjadi satu medium dimana usahawan muda boleh berbincang serta bertukar pendapat dan pengalaman mereka dalam bidang perniagaan serta pengalaman mereka menjadi waris kepada perniagaan keluarga.  



Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong di Seminar Usahawan Muda yang telah diadakan di Berjaya Waterfront Hotel Johor. Seminar tersebut telah dihadiri oleh hampir 200 orang peserta dikalangan anak muda. Pada seminar ini, antara masalah utama yang dikenalpasti bagi usahawa muda adalah :

1. Bagaimana untuk mereka (usahawan muda) menghadapi krisis dalam perniagaan 
2. Bagaimana mereka (usahawan muda) menerima satu perniagaan yang diwarisi dari keluarga dan seterusnya menjadikan perniagaan ini “sustainable” dan juga berkembang pesat. 

Disinilah peranan MCA adalah penting. MCA mengambil langkah proaktif dalam mewujudkan program Internship seperti yang kami sebut diatas tadi. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan proaktif MCA untuk membantu usahawan muda adalah satu langkah yang terpuji. Malah jika MCA get it right, usahawan muda Cina akan kembali menyokong MCA dan sekaligus menjadikan MCA sebuah parti yang disegani seperti satu masa dahulu sebelum kebangkitan DAP yang membawa politik benci dikalangan masyarakat Cina terhadap orang Melayu. 

Kami berharap usaha murni MCA dan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong ini berhasil dan ramai usahawan muda Cina dibantu oleh MCA sekaligus menjadikan industry perniagaan di negara ini semakin rancak dan berkembang pesat. Ini sejajar dengan visi dan misi negara untuk mencapai status negara maju pada Tahun 2020. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget