KL CHRONICLE: Senator Barisan Nasional Bidas Kenyataan Bodoh @LimKitSiang

Wednesday, December 23, 2015

Senator Barisan Nasional Bidas Kenyataan Bodoh @LimKitSiang

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin kesal dengan dakwaan Lim Kit Siang yang kononnya berlaku pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara. – Gambar Facebook, 22 Disember, 2015.

Senator Barisan Nasional (BN) Datuk Megat Zulkarnain Omardin menafikan dakwaan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang kononnya berlaku pertemuan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kritikan dibangkitkan berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanyalah sandiwara semata-mata.

Beliau yang membidas dakwaan Lim itu berkata, tindakan pemimpin DAP itu langsung tidak beretika dan tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ahli Parlimen.



"Kita tidak pernah berjumpa dan bercakap. Tada arahan secara bertulis untuk kita mengundi RUU.

"Saya sendiri pun tidak faham apa yang beliau nak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Lim yang disiarkan The Malaysian Insider.

Lim berkata pentadbiran Najib "sedikit mengalah" selepas ditekan teruk dan membenarkan Dewan Negara berdebat dan mengkritik RUU, selagi senator BN akhirnya mengundi bagi memberi laluan RUU itu dilaksanakan.

"Jika benar Najib mengadakan pertemuan dengan senator BN sebelum perbahasan dan memberikan mereka 'lampu hijau' untuk bersuara dan mengkritik RUU itu dengan syarat akhirnya tetap mengundi bagi menyokongnya," katanya.

Pada masa sama, senator itu juga mendakwa di kalangan mereka juga menerima e-mel meminta mereka menolak RUU MKN dan Megat Zulkarnain percaya ia dihantar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang giat menjalankan kempen #taknakdiktator. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget