Buat ketika ini Malaysia mempunyai 14 perjanjian perdagangan dengan beberapa buah negara dan 4 perjanjian yang sedang di dalam perbincangan yang salah satunya adalah TPPA.
Yang menjadi masalah secara tiba-tiba akibat laporan daripada BBC mengatakan bahawa TPPA sudah ditandatangani/termeterai.
Ramai yang keliru dengan momokan TPPA adalah kuasa menjajah oleh US melalui perjanjian ekonomi. Malangnya ramai yang tidak tahu isi kandungan TPPA tersebut. Malahan, kebanyakan isi kandung TPPA merupakan satu kerahsiaan.
Isi kandung perjanjian tersebut HANYA diketahui umum apabila Wikileaks mendedahkan isi kandung perjanjian tersebut antara New Zealand dan US.
Malangnya, sesetengah pihak di Malaysia beranggapan bahawa isi kandung tersebut adalah sama dengan isi kandung yang baru sahaja dipersetujui (belum ditandatangi) di persidangan Atlanta, US pada 30 September yang lepas.
Isi kandung TPPA yang baru itu juga yang diumumkan oleh Jepun (wakil 12 negara) perlu dipersetujui di kongres US dengan TIDAK MENOLAK apa-apa isi kandung perjanjian tersebut. Dan mereka mempunyai masa 90 hari untuk membuat keputusan.
Di negara kita juga, isi kandung TPPA ini akan dibawa ke parlimen untuk berbincang samada bersetuju dengan isi kandung perjanjian tersebut ataupun tidak. Keputusan untuk menyertai dan TANDATANGAN perjanjian ini akan dibuat secara keputusan bersama.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa di US, TPPA ini turut ditentang oleh ramai pihak termasuk calon Presiden US, Donald Trump dengan ayatnya:
“The new trade deal (TPPA) is a disaster,”
“They (US Govt) don’t talk about currency manipulation. That’s the tool all these countries are using to beat us.”
“Our leaders (US) are incompetent. They’re babies. Most nations don’t respect us.”
Jika rakyat US pun tidak selesa dengan isi kandung TPPA ini, masakan pula rakyat Malaysia boleh berpendapat bahawa TPPA ini akan digunakan oleh US untuk menjajah negara kita.
Memang benar terdapat beberapa isi kandung TPPA yang tidak menyebelahi negara kecil seperti Malaysia. Tetapi kepimpinan negara yang diwakilkan oleh Tok Pa bertanggung jawab untuk memastikan bahawa perjanjian ini akan memberi kelebihan bagi negara dan tidak mengganggu gugat kedaulatan negara.
Buat ketika ini, terdapat 4 negara yang sudah mempersetujui TPPA iaitu Brunei, Singapura, Chile dan New Zealand. Mereka telah bersetuju sejak dari tahun 2006 lagi.
Yang sedang berbincang untuk menyertai TPPA buat masa ini adalah US, Australia, Peru, Vietnam, Malaysia, Mexico, Canada dan Jepun (8 buah negara)
Yang menunjukkan minat untuk menyertainya pula adalah Colombia, Filipina, Thailand, Indonesia, Taiwan dan South Korea. (6 buah negara)
No comments:
Post a Comment