KL CHRONICLE: EXCO Pemuda UMNO @RahmanHussin Mahu Kerajaan #MansuhTopupGST dalam #Bajet2016

Wednesday, October 21, 2015

EXCO Pemuda UMNO @RahmanHussin Mahu Kerajaan #MansuhTopupGST dalam #Bajet2016


Harapan Kami Kerajaan Mansuhkan GST bagi kad top-up.

Hampir 6 bulan selepas pengenalan GST di negara ini. Antara perkara yang paling menimbulkan keresahan dan mendatangkan keluhan rakyat terutamanya para belia adalah penambahan harga kad top-up . Kami di Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup, Pemuda UMNO Malaysia menggesa pihak-pihak berkaitan agar mengambil kira pandangan rakyat mengenai isu top-up ini.  Ini kerana ramai di kalangan pengguna telefon mudah alih di negara ini terutamanya belia menggunakan perkhidmatan prabayar.



Kami sedar bahawa cadangan untuk menghapuskan GST secara menyeluruh tidak realistik namun begitu selaras dengan seruan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, kami  memohon agar isu top-up ini diselesaikan pada pembentangan Bajet pada hari Jumaat ini. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Johari Abd Ghani, kami berharap agar komen beliau mengenai gst tidak akan dikenakan ke atas 'top-up' akan disusuli dengan tindakan konkrit pihak berkaitan.

Kami percaya bahawa kerajaan mendengar keluhan rakyat mengenai isu kad top-up dan tindakan menghapuskan GST untuk 'top-up' ini akan menjadi satu usaha dan membuktikan komitmen kerajaan untuk membela pengguna dari amalan perniagaan yang tidak adil dan perlaksanaan gst yg lebih cekap. Cadangan ini juga bukti kerajaan bertindak ke atas amalan perniagaan yang "membuli" rakyat walaupun ianya melibatkan syarikat yang besar.  Tambahan pula langkah ini bakal membantu meringankan beban kos sara hidup bagi pengguna perkhidmatan pra bayar khususnya belia.

Selain daripada itu, langkah ini sekaligus akan menolak prasangka rakyat bahawa kerajaan selalu tunduk kepada konglomerat besar mahupun kehendak 1 kelompok industri. Segala usaha kolektif persatuan pengguna, pengguna dan kerajaan harus diteruskan untuk menjamin nasib dan hak pengguna terpelihara dan tidak dieksploitasi. Supaya negara kita kelak menjadi pasaran yang vibrant yang dipandu oleh pengguna yang celik dan praktis perniagaan yang berhemah.

Usaha ini harus dilihat sebagai usaha mendapatkan kemenangan untuk hak penguna. Dimana suara pengguna didengari dan kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memelihara hak pengguna serta memberikan ruang kepada pengguna perkhidmatan pra bayar untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama dengan harga yang sama.

Kami menyeru rakyat agar bersama-sama dengan kami untuk mencadangkan dan mendesak agar GST tidak dikenakan ke atas kad top-up.

Rahman Hussin
Pengerusi
Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup
Pemuda UMNO Malaysia

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget