KL CHRONICLE: Kini Bersih 2.0 balun Pakatan Harapan (PAHA)

Wednesday, October 21, 2015

Kini Bersih 2.0 balun Pakatan Harapan (PAHA)

Maria Chin bidas pembangkang sebagai "useless"
NGO Pembangkang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyelar dan membidas gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyelar Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan juga PAS, kerana gagal menyelaraskan usaha untuk membawa usul itu.

Beliau mempertikaikan langkah yang dibuat blok pembangkang yang menarik balik usul undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian pada saat-saat akhir dan kemudian dikemukakan semula Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi ditolak Speaker atas alasan teknikal.

Maria berkata apa yang lebih mengecewakan adalah ketidaktentuan sama ada PAS akan menyokong usul itu jika dibentangkan.

Disebabkan itu beliau menggesa Pakatan Harapan dan PAS untuk mengarahkan semua ahli Parlimen mereka menghadiri Dewan Rakyat semasa perbahasan Bajet 2016 dan tidak mengundinya jika terdapat peluang.

Menyedari bahawa PAHA tidak mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi, Maria dengan tanpa rasa segan atau pun malu menggesa semua ahli Parlimen Barisan Nasional untuk tidak mengundi memihak kepada Bajet 2016 yang dibentangkan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget