KL CHRONICLE: #DemiRakyat Timb Menteri @MOTMalaysia @AKaprawi Sahkan Terminal 1 KKIA akan diperbesarkan

Wednesday, October 21, 2015

#DemiRakyat Timb Menteri @MOTMalaysia @AKaprawi Sahkan Terminal 1 KKIA akan diperbesarkan



Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah peruntukan tanah 40 ekar yang dicadangkan bertujuan untuk membina KKIA Terminal 3 bagi menampung keperluan penumpang pada masa hadapan. Memandangkan perpindahan operasi Airasia dari T2 ke T1 akan menyebabkan T1 melebihi had kapasiti T1.

Kementerian Pengangkutan amat menghargai usaha Kerajaan Negeri Sabah yang telah bersedia untuk memperuntukkan tanah seluas 40 ekar bagi tujuan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Berdasarkan peruntukan tawaran tanah tersebut, Kementerian Pengangkutan bersama Malaysia Airports Holding Berhad bercadang membesarkan Terminal 1 sedia ada untuk menampung kapasiti yang lebih tinggi di atas tanah tersebut iaitu 16 juta penumpang setahun. Kapasiti ini dijangka akan dapat menampung keperluan penumpang syarikat penerbangan sehingga tahun 2025.


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Terminal 1, KKIA dengan kapasiti sebanyak 9 juta penumpang setahun mampu menampung keperluan semua penumpang syarikat penerbangan termasuk penumpang penerbangan AirAsia setelah perpindahan operasi syarikat tersebut dari Terminal 2, KKIA kelak.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget