Nampaknya pembangkang, terutamanya PKR kini semakin terdesak dan gila apabila mereka sekarang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR bagi membatalkan keputusan PRU-13 kerana kononnya Kerajaan & Barisan Nasional telah membelanjakan wang lebih daripada jumlah yang dibenarkan.
Pertama sekali, PKR cuba untuk kaitkan sumbangan RM 2.6 Billion yang diterima oleh PM Najib Razak sebagai sebab mengapa mereka hendak membatalkan keputusan PRU-13. Namun, bagi membatalkan keputusan PRU-13 mereka kena buktikan sebahagian dari RM 2.6 billion itu masuk kedalam akaun calon yang bertanding. Ini PKR tidak dapat buktikan.
Kedua, tindakan menyaman SPR ini hanyalah satu sandiwara PKR untuk mengaburi mata penyokong mereka terhadap segala masalah yang kini mereka hadapi. PKR kini adalah sebuah parti yang tanpa arah tujuan, tanpa seorang pemimpin dan tanpa sebarang wadah perjuangan yang dapat diterima oleh masyarakat sehingga Wan Azizah terpaksa menaiki tren ETS dan makan nasi lemak untuk raih simpati.
Ketiga, memburukkan SPR melalui persepsi jahat namun ini juga akan gagal. Sudah pasti bila PKR saman SPR dengan kes yang tidak kuat mereka akan kalah. Bila mereka kalah mereka akan tuduh Hakim dan Mahkamah berkomplot dengan kerajaan. Kemudian mereka berharap persepsi negatif ini akan membangkitkan kemarahan rakyat sekaligus mengundi pembangkang pada PRU akan datang.
Secara konklusinya, tindakan PKR ini adalah tindakan sia-sia. Sama seperti tindakan Bersih 2.0 yang membawa kes persempadanan semula di Sarawak ke mahkamah namun akhirnya mahkamah mendapati SPR tidak bersalah. Ini terbukti bahawa pembangkang hanya mahu bermain politik dan bukannya ikhlas dan jujur berkhidmat untul rakyat.
No comments:
Post a Comment