Coretan Ringkas Lokman Adam
2 September ini genap 17 tahun saya menentang manusia bernama Mahathir Mohammad. Selama 17 tahun, pelbagai rintangan saya lalui menentang diktator yang dianggap "Negarawan" ini. Hampir kebanyakan lokap sekitar Kuala Lumpur pernah saya huni bila 8 kali dilokap semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Selain dari itu, saya juga pernah disumbat ke dalam ISA sebanyak 2 kali, iaitu 2 bulan pada tahun 1998 dan 2 tahun 2 bulan pada tahun 2001. Semuanya bukan kerana saya seorang peliwat sepertimana bekas "Blue Eye Boy" beliau, tetapi kerana mengepalai demonstrasi menuntut beliau meletak jawatan.
Regim kuku besi beliau merogol semua saluran demokrasi sehingga rakyat seolah-olah hidup dalam "Police State" sejak tahun 1998 hingga beliau bersara. Baik dari sudut kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun atau apa jua hak yang dijamin oleh Perlembagaan, semuanya beliau nafikan. Tidak lupa juga, UMNO hari ini gagal menawan lebih 20 kerusi parlimen Melayu kerana tindakan beliau mengubah sempadan pilihanraya selepas PRU 1999 dengan memasukkan kawasan Cina dan India di kawasan Melayu. Akhirnya, orang Melayu tidak boleh menentukan wakil rakyatnya sendiri. Shah Alam umpamanya, mempunyai 86% pengundi Melayu dan merupakan kubu kuat Barisan Nasional dulu, kini ianya menjadi kubu manusia yang sanggup turun naik gereja bila hanya mempunyai w68% pengundi Melayu akibat persempadanan semula era Mahathir menyebabkan bukan Melayu menjadi kuasa penentu.
Sejak menyertai UMNO semula tahun 2007 iaitu selepas dipecat dari keADILan tahun 2004, saya telah berusaha sedaya mungkin membantu BN untuk memastikan pakatan pembangkang bisa terkubur dan sekaligus mematikan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri. Malangnya, sejak Anwar terpenjara kali kedua, kita bukan hanya berhadapan dengan PKR, DAP dan PAS yang berusaha menjatuhkan Barisan Nasional, tetapi termasuklah Mahathir. Ini menyebabkan kami terpaksa menjawab segala kecaman dan fitnah Mahathir. Seperti biasa, bila kita menjawab Mahathir, semua juak dan kuncu Mahathir akan menyerang kita bertubi-tubi kerana mereka menganggap Mahathir ini terlalu maksum dan sempurna.
Namun hari ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir. Kenyataan beliau di Pasir Gudang menyokong demonstrasi bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Najib membuka mata dan pemikiran pentaksub beliau yang mula sedar bertapa terdesaknya Mahathir hingga menyeru rakyat bangkit mengulingkan Najib sepertimana Marcos digulingkan di Filipina. Lebih mengembirakan saya hari ini bila Mahathir buat satu tindakan yang paling bodoh dalam hidupnya iaitu dengan menyertai perhimpunan Bersih 4, Maghrib tadi. Segala apa yang beliau ludah selama ini telah beliau jilat balik.
Sedarkah Mahathir bahawa perhimpuan tersebut kini ditunjangi DAP dan bertujuan untuk mengulingkan kerajaan Melayu? Bersih 1, yang hadir 80% Melayu, 20% Cina. Bersih 2, 60% Melayu dan Cina 40%, Bersih 3, 50% Melayu dan 50% Cina. Perhimpunan Bersih hari ini cuma tinggal 10% Melayu dan India, manakala 90% lagi Cina. Apakah tujuan Mahathir memberikan nyawa kepada Cina DAP untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional?
Saya yakin, apa yang berlaku hari ini akan membuka otak pentaksub Mahathir untuk menjadi lebih rasional dan sedar sikap sebenar Mahathir. Kalian mempunyai 2 pilihan sekarang, terus diperbodohkan dan menjayakan agenda Mahathir untuk mengulingkan Najib. Atau, berhenti membiarkan diri anda diperalat oleh Mahathir yang akhirnya menguntungkan DAP. Buatlah keputusan sebelum nasi menjadi bubur.
1 comment:
Siapa Lokman nor Adam, ini bekas pencacai tegar Nuar Jubo, mangsa liwat Nuar ataupun seorang iblis bertopeng manusia... Semua dah dia rasa, tapi entah tidak ada apa dijadikan iktibar untuk menjalani hidup.
Post a Comment