Tarikh 19 Jun 2015 di Jalan Macalister, Pulau Pinang menyaksikan Dewan Bandaraya Pulau Pinang cuba meruntuhkan satu struktur tulisan UMNO di situ. Surat notis yang memberi arahan struktur tulisan logo itu perlu dirobohkan pula diberi pada masa kejadian (serta merta) menyebabkan tindakan tidak dapat diambil oleh UNMO & sangat tidak profesional oleh kerajaan DAP.
Jadi arahan siapakah yang menyuruh mereka berbuat demikian ? Sudah tentu dari yang berkuasa Khalifah Lim Guan Eng. Agaknya sakit hatinya apabila terpaksa memandang logo keramat UMNO setiap kali melalui jalan itu.
Sikap pemimpin yang tidak menghormati logo parti lawan harus dikutuk kerana ini telah melanggar adab dalam berpolitik.
Orang Umno walaupun bencikan DAP mereka tetap menghormati lambang roket parti tersebut. Dengki sangatkah mereka pada lambang keris dalam logo Umno tersebut? Tidak suka pada logo itu bermakna DAP ni anti - melayu. Orang-orang Melayu Pulau Pinang buka lah mata bahawa DAP bukan parti yang bagus untuk membela nasib mereka. Ingatlah, secara senyap parti ini cuba mengikis kuasa Melayu di Pulau Pinang.
Suatu hari nanti jangan terperanjat sekiranya Melayu dilarang memiliki senarai harta di Pulau Pinang. Sewa boleh beli jangan...so say no DAP Pulau Pinang !
No comments:
Post a Comment