LAPORAN PENUH OPS KHAS HIPPO
(Lori Lebih Muatan)
Anggota SPAD menjalankan operasi di bulan Ramadan |
Umum ketahui lori yang membawa lebih muatan ini akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal. Jika pembaca masih ingat, pada tahun lepas terdapat satu kes dimana sepasang suami isteri telah dilanggar lari oleh sebuah lori sehingga menyebabkan anak-anak mereka yatim piatu.
Bagi mengelak perkara buruk sebegitu berulang, tindakan proaktif SPAD dalam melakukan operasi sebegini wajar diberi pujian. Ini menunjukkan SPAD peka terhadap apa yang berlaku serta mengambil berat tentang kerisauan yang dirasai oleh rakyat. Maklumat lengkap operasi yang dilakukan oleh SPAD adalah seperti berikut :
Tarikh : 20/06/2015
Keanggotaan :
SPAD
a. 01 x EO
b. 13 x Anggota
Lokasi :
a. Sekitar Puchong.
Jumlah Tangkapan :
a. 09 x Lori (LA/LC)
Jumlah Kesalahan :
a. 09 x Membawa Muatan Melebihi Had Yang Dibenarkan.
b. 06 x Membawa Muatan Melebihi Paras Ketinggian Panel Sisi.
c. 01 x Gagal Kemukakan Permit Kenderaan Yang Sah Semasa Diperiksa.
d. 02 x Gagal Kemukakan Salinan Lesen Pengendali dan Permit Perkhidmatan Semasa Diperiksa.
(Total=18 Kesalahan)
Lain-lain Hal :
Ops berjalan lancar. Sebanyak 9 lori ditimbang. Lokasi penimbangan di Taman Meranti Jaya, Puchong. Semua lori ditimbang menggunakan Mesin Timbang Mudah Alih SPAD.
Peratusan lebih muatan tertinggi adalah 154.10% manakala peratusan lebih muatan terendah adalah 63.96%.
No comments:
Post a Comment