KL CHRONICLE: Reezal Merican Nafi Fitnah Jijik @dapmalaysia dan #NgWeiAik

Wednesday, June 10, 2015

Reezal Merican Nafi Fitnah Jijik @dapmalaysia dan #NgWeiAik




AMANAH RAYA BERI PINJAMAN RM2B KEPADA 1MDB - SERANGAN POLITIK DAP INI BERNIAT JAHAT DAN MENCALARKAN INTEGRITI PERIBADI DAN AMANAH RAYA BERHAD (ARB)

1. Saya meneliti dengan penuh minat tuduhan terbaru Ahli Parlimen Tanjong (Ng Wei Aik) terhadap diri saya dan institusi yang saya diamanahkan sebagai Pengerusi iaitu Amanah Raya Berhad (ARB). Saya suka untuk memperincikan tuduhan liar yang dibuat:-



i) ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2 bilion kepada 1MDB
ii) Pinjaman ini diberikan selepas perlantikan saya sebagai Pengerusi ARB
iii) Pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan 4 % dan dikategorikan sebagai "IOU Bill"

2. Ng Wei Aik, seperti yang dilaporkan, GAGAL mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan ini dan hanya menggunakan frasa 'sumber dalaman' sebagai sumber.

3. Saya nak nyatakan secara JELAS, NYATA dan TERANG - bahawa TIDAK ADA sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB. Ianya sama sekali TIDAK PERNAH BERLAKU dan tak pernah dibawa utk mendapatka kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang saya pengerusikan selama ini.

4. Dengan demikian, tuduhan Ng Wei Aik ini adalah sesungguhnya berniat jahat, secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti saya sebagai individu - mahupun ARB sebagai organisasi.

5. Saya akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat YB Ng Wei Aik ini. Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja - kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej Amanahraya Bhd dan maruah saya secara peribadi.

Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas.
Pengerusi Amanah Raya Berhad

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget